awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
Suspek tular pegang parang, tunjuk jari tengah sudah ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan memanah compound raih emas

Astro Arena
Astro Arena
14/06/2015
06:00 MYT
Pasukan memanah compound raih emas
Kedua-dua pasukan memanah lelaki dan wanita membawa pulang pingat emas untuk koleksi negara apabila menewaskan Indonesia dan Thailand. - Foto Astro Arena
Kedua-dua pasukan memanah lelaki dan wanita membawa pulang pingat emas untuk koleksi negara apabila menewaskan Indonesia dan Thailand di Padang Kriket Kallang sebentar tadi.
Pasukan lelaki yang dibarisi Kin Lip Lee, Mohd Juwaidi Mazuki dan Zulfadhli Ruslan mengatasi cabaran yang sengit daripada wakil Indonesia walaupun seri 222-222 selepas empat pusingan.
Pada pusingan penentuan, kesemua atlet negara berjaya bidik mata penuh manakala Sapriatno Sapriatno hanya mendapat sembilan mata pada percubaan kedua. Malaysia meraih kemenangan tipis 30-29.
Sementara itu, pasukan wanita lebih efektif dengan peluang mereka untuk bidik emas menentang finalis Thailand berikutan kemenangan 223-210 yang agak selesa.
Barisan Saritha Cham Nong, Fatin Nurfatehah Mat Salleh dan Nor Rizah Ishak berjaya mengutip mata penuh dengan konsisten dan semestinya gembira dengan kejayaan mereka.
Topic Berkaitan
#compound
#memanah
#Singapura
#Sukan SEA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan