awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan negara mampu beri saingan sengit - Maloney

Bernama
Bernama
30/05/2022
20:00 MYT
Pasukan negara mampu beri saingan sengit - Maloney
Ketua jurulatih skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan, Brad Maloney percaya pasukannya mampu memberi tentangan sengit kepada mana-mana pasukan pada Kejohanan Piala Asia B-23 2022 di Tashkent, Uzbekistan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan, Brad Maloney percaya pasukannya mampu memberi tentangan sengit kepada mana-mana pasukan pada Kejohanan Piala Asia B-23 2022 di Tashkent, Uzbekistan.
Menurut Maloney beliau yakin keupayaan pasukan kebangsaan termasuk pertembungan penting menentang juara bertahan, Korea Selatan dalam aksi pembukaan Kumpulan C di Stadium Lokomotiv, Khamis ini.
Beliau berkata tanpa sebarang tekanan, pemain kebangsaan sudah bersedia untuk memulakan kejohanan walaupun menyedari mereka akan berdepan tempoh sukar, terutama menentang Korea Selatan yang dibarisi beberapa pemain berkualiti.
"Saya percaya pasukan kita mampu beri saingan sengit pada hari itu. Pemain kita tidak gentar, mereka tidak takut untuk berhadapan dengan lawan mereka.
"Adalah baik untuk kita pergi ke sana dan bebas daripada tekanan luaran atau apa sahaja, biarkan pemain beraksi dengan permainan sebenar mereka," katanya dalam rakaman audio kepada wartawan tempatan pada Isnin.
Selepas Korea Selatan skuad negara dijadual menentang Thailand Ahad ini di Stadium Bunyodkor sebelum bertemu Vietnam pada 8 Jun di Stadium Lokomotiv dalam perlawanan terakhir Kumpulan C.
Dua pasukan teratas akan layak ke suku akhir.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak meletakkan sebarang sasaran untuk anak buah Maloney di Tashkent.
Bagaimanapun, Maloney berkata pasukannya sentiasa mahu melangkah lebih jauh dan mempamerkan aksi yang memberangsangkan dalam apa jua kejohanan yang mereka sertai.
"Kami memahami ia akan menjadi kejohanan yang amat sukar di peringkat kumpulan. Kami berdepan tiga lawan yang sangat sukar - Korea Selatan, Vietnam dan Thailand tetapi kami akan melakukan yang terbaik dan saya yakin pemain kami akan beraksi dengan cemerlang," katanya.
Jurulatih kelahiran Australia berusia 50 tahun itu menganggap cuaca sejuk di Tashkent sesuai untuk perlawanan bola sepak, malah anak buahnya dapat menyesuaikan diri dengan baik sejak tiba di sana, semalam.
Beliau berkata pemain juga bebas daripada sebarang kecederaan menjelang pertembungan dengan Korea Selatan.
Skuad B-23 negara mencipta sejarah layak ke suku akhir kejohanan pada edisi 2018 yang menyaksikan mereka tewas 1-2 kepada Korea Selatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#skuad bawah 23
#Brad Maloney
#harimau Malaya
#Tashkent
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan