Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas pemainnya Mohamadou Sumareh, sehari selepas pemain naturalisasi pertama negara itu menyertai pasukan liga Thailand, Police Tero FC.
Dalam kenyataan hari ini, PBNP mendakwa pemain kelahiran Gambia berusia 25 tahun itu telah memungkiri pelbagai terma serta syarat yang termaktub dalam perjanjian ditandatangani bersama pasukan.
Menurut PBNP, Sumareh telah melanggar kontrak perjanjian apabila gagal menyertai sesi latihan pasukan sejak 3 Ogos lalu selain tidak menghadiri beberapa aksi Liga Super membabitkan pasukan Pahang sebaik saingan bersambung pada 28 Ogos lalu.
"PBNP mempunyai asas yang kukuh untuk menyatakan bahawa pemain tersebut (Sumareh) telah memungkiri pelbagai terma dan syarat seperti termaktub dalam perjanjian.
"PBNP akan mengambil tindakan yang bersesuaian dari segi undang-undang terhadap pemain tersebut mengikut perjanjian yang ditandatangani berasaskan kepada peraturan berkaitan ditetapkan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia)," menurut kenyataan itu.
Pada masa sama, PBNP turut menafikan pihaknya gagal dalam membuat pembayaran gaji kepada Sumareh, sebaliknya berpegang kepada perjanjian yang telah ditandatangani serta persetujuan yang dicapai secara bersama.
"PBNP tidak pernah gagal dalam membuat pembayaran gaji kepada pemain tersebut, menurut perjanjian yang telah ditandatangani dan atas persetujuan yang telah dicapai antara kedua-dua pihak, perkara ini berada dalam pengetahuan pemain tersebut sendiri," menurut kenyataan itu.
Semalam, Sumareh yang dilaporkan mempunyai baki kontrak bersama Pahang sehingga 2022 telah melengkapkan perpindahannya ke pasukan Liga Thailand, Police Tero FC dengan yuran perpindahan yang tidak didedahkan.
Perpindahan itu berlaku dalam tempoh dua minggu selepas jurulatih Pahang Dollah Salleh mendedahkan Sumareh tidak menjalani sesi latihan bersama pasukan sejak awal Ogos lepas.
Media tempatan sebelum ini melaporkan kemelut antara Sumareh dan PBNP berpunca daripada kegagalan PBNP membayar gaji pemain itu, sekali gus menyaksikan beliau membuat tuntutan sehingga lebih RM1 juta ke atas Pahang menerusi peguamnya yang berpangkalan di Switzerland.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 08 2020
Mohamadou Sumareh yang dilaporkan mempunyai baki kontrak bersama Pahang sehingga 2022 telah melengkapkan perpindahannya ke pasukan Liga Thailand, Police Tero FC dengan yuran perpindahan yang tidak didedahkan. - Gambar fail/BERNAMA
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.