KUALA TERENGGANU: Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) meminta bekas pemain Terengganu FC (TFC) Faisal Halim menghantar surat rasmi kepada Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) bagi menyelesaikan pertikaian antara kedua-dua pihak berkenaan.
Ia susulan kenyataan pemain kebangsaan itu yang mendakwa bahawa gaji terakhir beliau dipotong tanpa mengikut prosedur atau sebarang amaran daripada pihak pengurusan TFCSB.
Menteri Besar Terengganu yang juga Presiden PBSNT Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata perkara itu boleh diselesaikan secara baik tanpa perlu melibatkan pihak lain termasuk media.
"Beliau (Faisal) boleh merayu... tidak ada masalah. Kita boleh bincang, mungkin ada sedikit salah faham," katanya selepas Kongres Tahunan PBSNT 2022 di sini, semalam.
Bagaimanapun Ahmad Samsuri membidas tindakan Faisal yang sering membuat kenyataan berunsur kontroversi kepada media dan hantaran berbaur tohmahan di media sosial bagi meluahkan rasa tidak puas hati kepada pihak pengurusan TFCSB.
Katanya tindakan itu menyalahi peraturan kelab yang melarang pemain membuat kenyataan terbuka kepada media atas sesuatu isu ketika masih bersama pasukan.
"Kita mahu selesai secara baik, cuma kena sedar yang salah tetap salah. Setakat ini perkara tersebut tidak memberi impak kepada reputasi kelab," katanya.
Konflik antara pemain berusia 24 tahun kelahiran Pulau Pinang itu dengan TFCSB bermula apabila Faisal secara terang-terangan mengkritik tahap profesional kelab tersebut yang lambat menawarkan lanjutan kontrak kepada bekas ketua jurulatih TFC Nafuzi Zain yang akhirnya menolak tawaran itu.
Faisal yang ketika itu masih terikat dengan kontrak mendakwa kelewatan pihak pengurusan menyebabkan beliau tidak dapat bekerja dengan Nafuzi bagi musim 2023.
Terbaru, Faisal mendakwa beliau dianiaya pihak pengurusan TFCSB yang memotong gaji terakhirnya sebanyak 15 peratus tanpa makluman atau arahan untuk mengemukakan surat tunjuk sebab sebagaimana prosedur biasa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 26 2022
Pemain kebangsaan itu mendakwa gaji terakhirnya dipotong tanpa mengikut prosedur atau sebarang amaran daripada pihak pengurusan TFCSB. -Gambar fail/Bernama
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 cederakan warga emas
Seorang pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan kepada seorang warga emas.
Amiruddin nafi rumah terbuka langgar peraturan pilihan raya
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menafikan dakwaan bahawa penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri oleh kerajaan negeri di pekan Kuala Kubu Baharu (KKB) pada Sabtu, melanggar peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - Anwar
Malaysia dalam misi meneroka pelbagai peluang ekonomi dan menarik pelaburan baharu pada Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi yang akan berlangsung dua hari bermula hari ini.
PBSNT minta Faisal Halim hantar surat rasmi kepada TFCSB
Pemain kebangsaan itu mendakwa gaji terakhirnya dipotong tanpa mengikut prosedur atau sebarang amaran daripada pihak pengurusan TFCSB.
Nasib Nafuzi dalam TFC diketahui dua minggu lagi
Difahamkan kontrak Nafuzi bersama skuad Penyu bakal tamat pada 30 Nov depan.
PBSNT kekalkan TFC II, tubuh jawatankuasa teknikal
Jawatankuasa yang ditubuhkan itu akan bertanggungjawab mengurus pembangunan bola sepak Terengganu dengan lebih tersusun, sistematik dan holistik.
Terengganu, T-Team berwajah baharu
PBSNT meneruskan hasrat menghantar hanya satu pasukan dalam saingan Liga Super, musim depan.
Issey tiada dalam perancangan saya - Irfan
Tiada perancangan untuk Issey Farran Nakajima dalam pasukan dan status pemain tersebut akan dibawa berbincang dengan pihak pengurusan.
Piala FA: Terengganu hantar surat bantahan rasmi kepada FAM
Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) telah menghantar surat bantahan rasmi berhubung aksi separuh akhir kedua Piala FA kepada Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Ahmad Said mahu pemain import berkaliber buat Terengganu
Datuk Seri Ahmad Said mahu pucuk pimpinan baru PBSNT, Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid memilih pemain import yang berkaliber buat pasukan negeri itu.
Kerajaan tidak masuk campur pemilihan kepimpinan PBSNT
Kerajaan negeri tidak akan mencampuri urusan pemilihan kepimpinan baru Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu.
PBSNT anjur Liga Darul Iman 2013 buat tahun ke-3
Dalam usaha mencungkil pemain bakat baharu, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan mengadakan saingan Liga Darul Iman 2013.