awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Australia alami gelombang haba esktrem, Victoria berdepan risiko kebakaran 'bencana'
NASA bawa pulang kru ISS lebih awal akibat masalah kesihatan serius
Volvo bakal umum SUV elektrik EX60 dengan jarak perjalanan mencapai 810km
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM FC, Azzmi Aziz setuju tamat kontrak

Bernama
Bernama
04/08/2023
00:20 MYT
PDRM FC, Azzmi Aziz setuju tamat kontrak
Di bawah kendalian Azzmi (gambar), PDRM menduduki tangga kelapan Liga Super dengan mengumpul 19 mata hasil enam kemenangan dan seri sekali dalam 14 perlawanan. - Foto Astro ARENA
KUALA LUMPUR: Menjelang aksi pembukaan saingan Piala Malaysia malam tadi, PDRM FC mencuri tumpuan apabila mengambil keputusan menamatkan kontrak Ketua Jurulatihnya Azzmi Aziz secara persetujuan bersama berkuat kuasa semalam.
PDRM FC dalam kenyataannya menjelaskan Azzmi sebelum ini secara rasmi direhatkan daripada menggalas tanggungjawabnya bermula 19 Jun lepas dan digantikan dengan penolong ketua jurulatih Eddy Gapil@Edwin buat sementara.
"PDRM FC mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada Azzmi Aziz dalam apa jua bidang yang diceburi pada masa hadapan," menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, keputusan merehatkan Azzmi menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat setia The Cops selepas jurulatih berusia 47 tahun itu berjaya membimbing pasukan dengan rekod pencapaian yang dianggap memberangsangkan.
Di bawah kendalian Azzmi, PDRM menduduki tangga kelapan Liga Super dengan mengumpul 19 mata hasil enam kemenangan dan seri sekali dalam 14 perlawanan.
Antara kemenangan dilakar ialah mengejutkan Kedah Darul Aman FC 1-0 di Alor Setar pada Mac lepas selain menewaskan Selangor FC dan Sabah FC di laman sendiri masing-masing dengan keputusan 1-0 bulan lepas.
PDRM melayani kunjungan Selangor pada perlawanan pusingan 16 terbaik pertama di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM FC
#Azzmi Aziz
#tamat kontrak
#ketua jurulatih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan