SPORTS
Pearly-Thinaah 'kunci mulut'
BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah masih berteka-teki mengenai masa depan bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ketika kontrak mereka dilaporkan berakhir akhir tahun lalu.
Ringkasan AI
- Pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah masih belum membuat keputusan mengenai masa depan mereka bersama BAM walaupun kontrak tamat sejak Disember 2024.
- Mereka memilih untuk tidak mengulas lanjut dan memberi tumpuan kepada kejohanan Masters Malaysia yang bermula minggu ini, selepas memenangi gelaran di Terbuka Thailand.
- BAM menyatakan rundingan akan diteruskan dalam masa terdekat dan berharap isu ini dapat diselesaikan secara baik tanpa mengganggu fokus pemain terhadap kejohanan.
Rundingan antara BAM dengan Pearly-Thinaah sudah berlarutan kira-kira lima bulan selepas kontrak mereka tamat Disember lalu, namun sehingga kini belum ada sebarang kata putus.
BAM menerusi Timbalan Presiden I, Datuk V Subramaniam pada 10 Mei lalu berharap dapat menyelesaikan kemelut tersebut selepas pasangan itu kembali dari Terbuka Thailand di Bangkok yang berakhir pada Ahad.
Menyentuh perkembangan baharu mengenai perkara tersebut Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh berkata, hanya masa yang menentukan.
"Kami belum bertemu. Mereka hanya tiba di Malaysia lewat malam Ahad selepas memenangi Terbuka Thailand. Apapun ia akan dibincangkan pada masa yang sesuai dan secepat mungkin," katanya.
Mengulas tentang pendirian BAM yang mungkin tidak berganjak dengan tawaran sedia ada beliau berkata, sebarang perkembangan akan dimaklumkan.
"Kita tunggu dan lihat. Malah kami juga gembira mereka meraih gelaran itu. Jadi kami mahu mereka fokus Masters Malaysia dahulu," ujar Kenny.
Pearly-Thinaah pada Ahad meraih gelaran pertama pada musim ini setelah menjuaraai Terbuka Thailand selepas menewaskan Jeung Na-eun dan Lee Yeon-woo 21-16, 21-17 dalam aksi final di Bangkok.
Dalam pada itu, Pearly pula enggan berasa tertekan dengan kejuaraan pertama musim ini ketika para peminat menaruh harapan tinggi agar merekan menghadiahkan kemenangan di laman sendiri.
"Kami akan bermula semula, masa sudah berlalu (kejuaraan). Hanya mahu beri yang terbaik dan seronok dengan permainan," katanya.
Pearly-Thinaah yang diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan dijadual menentang pasangan Hong Kong, Fan Ka Yan-Yau Mau Ying dalam saingan pusingan pertama pada Rabu. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami