awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pearly-Thinaah mara ke final Terbuka Switzerland

Bernama
Bernama
06/03/2021
22:50 MYT
Pearly-Thinaah mara ke final Terbuka Switzerland
Pasangan muda negara Pearly-Thinaah terpaksa bermandi peluh dalam 66 minit perlawanan yang menyaksikan mereka tewas di set pertama, sebelum bangkit mengawal permainan hingga menang di set kedua dan ketiga. - Facebook BAM
KUALA LUMPUR: Beregu wanita meningkat naik Pearly Tan-M Thinaah mencipta kejutan apabila menjadi satu-satunya wakil negara mara ke final kejohanan badminton Terbuka Switzerland semalam.
Beregu wanita negara yang berada di ranking ke-30 itu, menyingkirkan 'kakak senior' mereka Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean yang juga pilihan kedua kejohanan 10-21, 21-14, 21-16 dalam perlawanan separuh akhir di St Jakobshalle, Basel.
Bagaimanapun, Pearly-Thinaah terpaksa bermandi peluh dalam 66 minit perlawanan yang menyaksikan pasangan muda negara itu tewas di set pertama, sebelum bangkit mengawal permainan hingga menang di set kedua dan ketiga.
Pasangan negara bakal berdepan gandingan adik-beradik dari Bulgaria Gabriela-Stefani Stoeva yang turut mengejutkan pilihan utama kejohanan Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai dari Thailand 21-16, 21-14.
Lee Zii Jia (gambar) kandas di separuh akhir selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn. - Facebook Badminton Association of Malaysia
Lee Zii Jia (gambar) kandas di separuh akhir selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn. - Facebook Badminton Association of Malaysia
Sementara itu, pemain perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia terkandas di separuh akhir selepas tewas 18-21, 10-21 kepada pemain Thailand Kunlavut Vitidsarn.
Nasib sama menimpa beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik apabila dikejutkan oleh pasangan bukan pilihan dari Jerman Mark Lamsfuss-Marvin Seidel 13-21, 21-13, 16-21 manakala perjuangan beregu campuran negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing juga tamat selepas kalah kepada gandingan Perancis Thom Gicquel-Delphine Delrue 19-21, 10-21.
Aaron Chia-Soh Wooi Yik (gambar) pula tewas di tangan pasukan bukan pilihan dari Jerman Mark Lamsfuss-Marvin Seidel. - Facebook Badminton Association of Malaysia
Aaron Chia-Soh Wooi Yik (gambar) pula tewas di tangan pasukan bukan pilihan dari Jerman Mark Lamsfuss-Marvin Seidel. - Facebook Badminton Association of Malaysia
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#Terbuka Switzerland
#Pearly Tan
#M Thinaah
#beregu wanita
#Chow Mei Kuan
#Lee Meng Yean
#St Jakobshalle
#bulgaria
#Thailand
#Lee Zii Jia
#Aaron Chia
#Soh Wooi Yik
#BAM
#Badminton Association of Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan