awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pekerja pelaburan masa depan – Dr Dzulkefly
PRK Lamag catat 44.50 peratus keluar mengundi setakat 1 tengah hari - SPR
PRK Kinabatangan: 43.23 peratus keluar mengundi setakat 1 tengah hari - SPR
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Senarai baharu barangan SARA akan dikemas kini sebelum Ramadan

Bernama
Bernama
24/01/2026
06:01 MYT
Senarai baharu barangan SARA akan dikemas kini sebelum Ramadan
Kerajaan akan melihat mekanisme terbaik bagaimana untuk memperluas skop SARA bagi membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat. -Gambar fail/Bernama
SUNGAI PETANI: Senarai baharu barangan keperluan yang boleh dibeli menerusi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikemas kini selewat-lewatnya sebelum Ramadan tahun ini.
Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim berkata terdapat permintaan supaya barangan keperluan lain turut ditambah dalam senarai barangan yang boleh dibeli termasuk barangan basah.
"Ada pandangan yang diberikan oleh beberapa pihak, dan kementerian sedang meneliti untuk memasukkan barangan lain kerana ada permintaan untuk memasukkan barangan basah seperti ikan, ayam dan sebagainya.
"Kita jangkakan sebelum Ramadan ini ia dapat dilaksanakan supaya menjelang Aidilfitri, atau perayaan-perayaan lain selepas ini, dapat memberi kelegaan kepada masyarakat (untuk membeli barangan)," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyertai aktiviti gotong-royong sempena Program Menyelusuri Desa - Jelajah Kasih MADANI di Surau Kampung Perak, Bukit Selambau, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan akan melihat mekanisme terbaik bagaimana untuk memperluas skop SARA bagi membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat.
"Kita sedang lihat mekanisme yang terbaik bagaimana dapat memperluas skop SARA, tidak hanya terhad kepada senarai sedia ada.
"Selain itu, lebih banyak kedai-kedai kecil khususnya di kawasan luar bandar juga akan diberi ruang supaya penerima bantuan SARA dapat membeli barangan di kedai berkenaan," katanya.
Beliau berkata saban tahun bilangan penerima bantuan SARA dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan berubah.
"Peruntukan keseluruhan berjumlah RM15 bilion, bulan ini kita buat semakan semula dan keluarkan senarai baharu bagi penerima SARA dan STR.
"Setiap tahun berbeza, ada yang keluar daripada kategori miskin dan ada yang baru masuk sebab itu pemberian SARA agak terlewat sedikit tahun ini, supaya yang layak menerimanya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sara
#Senarai baharu
#Barangan Keperluan
#kos sara hidup
#Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan