awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
APMM selamatkan tiga warga Indonesia terapung di laut dua hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir Masters Malaysia

Bernama
Bernama
26/05/2023
09:51 MYT
Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir Masters Malaysia
Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M.Thinaah mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit selepas kecundang pada set pertama, sekali gus menempah slot ke pusingan separuh akhir Masters Malaysia 2023. - Foto Facebook BAM
KUALA LUMPUR: Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M.Thinaah mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit selepas kecundang pada set pertama, sekali gus menempah slot ke pusingan separuh akhir Masters Malaysia 2023.
Gandingan pilihan keenam kejohanan itu melakukan kejutan dengan menewaskan beregu pilihan keempat daripada Jepun, Yuku Fukushima-Sayaka Hirota, di Axiata Arena, di sini hari ini.
Pearly-Thinaah bermula kurang baik dengan beberapa kesilapan di jaring yang mengakibatkan pasangan Malaysia itu tewas 13-21 pada set pertama.
Meskipun ketinggalan sebaik bermula set kedua, beregu nombor 11 dunia itu bekerja keras untuk menyamakan kedudukan 16-16 dan akhirnya berjaya membawa permainan ke set penentuan apabila mendominasi set kedua dengan 21-19.
Pasangan itu sekali lagi berjaya bangkit apabila ketinggalan 1-6 dalam set ketiga dan terus mempamerkan aksi mantap untuk membawa kedudukan ke 18--15, sebelum meraih kemenangan 21-16 selepas bertarung hampir dua jam.
Beregu Korea Selatan Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong menanti Pearly-Thinaah di separuh akhir selepas pilihan kelima kejohanan itu mengejutkan pilihan kedua Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti daripada Indonesia, 21-15, 18-21, 21-16.
Meskipun kelelahan pada dua set terakhir, Pearly mengakui kehadiran ahli keluarganya memberi semangat untuk beliau meneruskan perlawanan dan mara ke peringkat seterusnya bersama Thinaah.
"Saya bukan cedera tapi saya pada suatu ketika saya tak mampu berdiri dan stabilkan badan di gelanggang, namun saya tak mahu kecewakan pasangan saya yang banyak membantu saya.
"Saya juga tak nak kecewakan jurulatih. Saya cuma beritahu diri sendiri untuk jadi lebih kuat dan berjuang hingga saat akhir," katanya kepada pemberita selepas perlawanan.
Ditanya mengenai insiden pada set ketiga apabila pengadil secara tiba-tiba menghentikan permainan ketika 'rally' panjang dan pasangan Jepun mendahului 12-11, Pearly berkata tiada apa yang dapat mereka lakukan tentang keputusan itu.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Masters Malaysia
#badminton
#Pearly Tan-M Thinaah
#beregu wanita negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan