awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai FIFA meninggal dunia ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia Nigeria-Ghana

Bernama
Bernama
31/03/2022
07:10 MYT
Pegawai FIFA meninggal dunia ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia Nigeria-Ghana
Pegawai itu, dikenali sebagai Joseph Kabungo, meninggal dunia akibat serangan jantung selepas perlawanan di Stadium Moshood Abiola di Abuja pada petang Selasa. - Foto REUTERS
ABUJA: Nigeria pada Rabu mengesahkan kematian pegawai Zambia yang berkhidmat sebagai pegawai kawalan doping untuk perlawanan kedua pusingan kelayakan Piala Dunia FIFA 2022 antara Nigeria dan Ghana pada Selasa, lapor Xinhua.
Pegawai itu, dikenali sebagai Joseph Kabungo, meninggal dunia akibat serangan jantung selepas perlawanan di Stadium Moshood Abiola di Abuja pada petang Selasa, kata Persekutuan Bola Sepak Nigeria (NFF) dalam satu kenyataan.
"Kabungo ditemui tercungap-cungap berhampiran bilik persalinan pasukan Ghana," kata NFF sambil menambah beliau dikatakan mencari pemain Ghana untuk melakukan ujian doping apabila sesak nafas.
Beliau dikejarkan ke hospital tempatan tetapi meninggal dunia sebaik tiba, kata NFF.
Pegawai NFF, pasukan perubatan dan pegawai Suruhanjaya Tinggi Zambia mengadakan mesyuarat pada pagi Rabu untuk memutuskan tindakan seterusnya selepas kematian Kabungo, kata sumber kepada Xinhua.
Perlawanan itu berkeputusan seri 1-1 dengan Ghana melayakkan diri ke pusingan kelayakan berikutnya bagi Piala Dunia. Perlawanan berakhir dengan kekecohan apabila penyokong Nigeria yang marah dengan pasukan mereka menceroboh masuk ke padang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pegawai FIFA meninggal dunia
#kelayakan Piala Dunia
#Nigeria Ghana
#sakit jantung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan