DUBAI: Selepas mengukir nama dalam Guinness World Records (GWR) pada 2020, pelari menara negara Soh Wai Ching tekad untuk memecahkan dua rekod dunia dalam larian menara tahun ini walaupun berdepan cabaran.
Dua rekod GWR yang cuba dilakar itu ialah pendakian tangga menegak terpantas sejauh sebatu (lelaki) dan pendakian tangga menegak tertinggi dalam masa sejam (lelaki).
Berasal dari Selayang, Selangor, Soh, 27, kini berpangkalan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu telah merangka program latihannya sendiri di sini dalam cubaan pendakian tangga menara tertinggi di dunia, bangunan Burj Khalifa.
Beliau berkata selepas menjadi rakyat Asia pertama memenangi Empire State Building Run-Up bulan lepas, beliau mengubah fokus untuk menakluki menara tertinggi di dunia itu dan yakin dapat memecahkan dua rekod dalam satu percubaan.
"Selepas tiba di Dubai pada 9 Nov, saya mula membuat persediaan untuk program latihan dengan bantuan daripada rakyat Malaysia di sini dan beberapa penduduk tempatan yang membenarkan saya tinggal di sini, sediakan saya makanan dan pengangkutan. Saya juga mendapat kelulusan untuk berlatih di satu daripada menara residensi, 23 Marina yang mempunyai 93 tingkat.
"Tetapi masalah saya ialah masih belum dapat kelulusan daripada pihak hartanah Emaar, pemilik Burj Khalifa untuk saya lakukan cubaan larian tangga di menara itu," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Pavilion Malaysia pada Ekspo Dunia di Dubai.
Berkongsi rutin latihan di Dubai, Soh yang juga graduan sains sukan dari Universiti Malaya berkata beliau mendaki tangga 93 tingkat dua kali sehari, berjoging dan berbasikal setiap hari.
"Saya yakin sudah bersedia untuk memecahkan rekod dunia berganda... Saya hanya perlukan kelulusan daripada pemilik Burj Khalifa dan akan memecahkan rekod itu yang kini dipegang pelari menara dari Jepun, Ryoji Watanabe," katanya.
Tahun lepas, Ryoji mendaki Tokyo Skytree di Sumida berjaya memecahkan rekod satu jam 6 minit 58 saat bagi pendakian tangga menegak terpantas sejauh sebatu untuk memecahkan rekod Soh dengan pendakian tangga tertinggi sejauh sebatu (1.609 km).
Soh berkata beliau juga telah membuat permohonan untuk mendaki tangga hotel tertinggi dunia, Gevora Hotel di Dubai dan masih menunggu kebenaran daripada pemilik hotel itu.
"Jika saya dapat kebenaran untuk mendaki dua bangunan di Dubai hujung bulan ini, saya akan menyertai larian World Trade Centre di Mexico pada 18 Dis," katanya.
Bagaimanapun, Soh yang kini berada pada kedudukan nombor dua dunia di belakang Piotr Lobodzinski dari Poland berkata cubaannya memecahkan rekod itu bukan sekadar untuk kepuasan peribadi tetapi juga bagi mempromosi larian menara dalam kalangan rakyat Malaysia selain memupuk semangat rakyat Malaysia agar melakar nama di peringkat antarabangsa.
"Saya amat berharap percubaan saya ini akan menjadi contoh kepada rakyat Malaysia agar sentiasa berusaha untuk menjadi juara dunia dalam semua aspek," katanya.
Beliau juga berharap satu hari nanti, larian menara akan dikenali sebagai sukan dalam pelbagai acara seperti Sukan SEA, Sukan Asia dan Sukan Komanwel.
"Saya harap larian menara akan dimasukkan dalam Olimpik dan saya akan melakukan yang terbaik untuk membawa kejayaan buat Malaysia," katanya.
Untuk rekod, Soh adalah pengasas Persatuan Larian Menara Malaysia (MTA) yang kini berada di ranking pertama di Asia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 27 2021
Soh Wai Ching yang kini berpangkalan di Dubai telah merangka program latihannya sendiri dalam cubaan pendakian bangunan Burj Khalifa. - Bernama
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Wai Ching masih "dihantui" kegagalan di Shanghai, sekadar di tempat kedua larian Menara KL 2024
Soh Wai Ching masih belum dapat melupakan kegagalan di Shanghai selepas sekadar menamatkan perlumbaan di tempat kedua pada Cabaran Towerthon Antarabangsa Menara Kuala Lumpur (KL) 2024.
Wai Ching pertahan kejuaraan Larian Menara MBPJ 2024, cipta rekod baharu
Jaguh larian menara negara Soh Wai Ching sukar digugat selepas mempertahankan gelaran kategori lelaki terbuka Larian Menara Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 2024 di sini, hari ini.
Wai Ching 'hangatkan' Larian Menara Naza
Selepas menawan puncak Menara Taipei 101 baru-baru ini, pelari menara nombor satu dunia Soh Wai Ching mengesahkan penyertaan pada Larian Menara Naza.
Wai Ching muncul juara Kejohanan Larian Menara Dunia di Taipei 101
Atlet berusia 30 tahun itu merangkul kejuaraan itu dengan masa keseluruhan 18 minit dan 36.62 saat.
Wai Ching mahu pertahankan ranking dunia untuk 10 tahun lagi
Wai Ching berazam menyertai lebih banyak kejohanan yang menawarkan kutipan mata tinggi selain berusaha memecahkan rekod.
Wai Ching pertahan juara Scale the Strat 2024
Wai Ching turut memperbaharui rekod yang dicatatnya pada tahun lepas 3 saat lebih pantas berbanding tahun lalu.
Wai Ching berjaya takluk Menara Canton di Guangzhou
Pelari berusia 29 tahun itu menamatkan larian membabitkan 2,738 anak tangga untuk sampai ke puncak menara dalam masa 14 minit 23 saat.
Wai Ching tawan Berjaya Times Square
Pelari nombor satu dunia itu melakukan larian 47 tingkat melibatkan 1,061 anak tangga dalam masa lima minit enam saat (s) untuk memegang gelaran pertama perlumbaan berprestij itu.
Wai Ching di tempat kedua Australia 108 Stair Challenge 2023
Ini adalah kekalahan pertama bagi atlet berusia 29 tahun itu selepas mencatatkan kemenangan 21 kali berturut-turut dalam pertandingan larian menara.
Wai Ching tawan Menara Spinnaker di Portsmouth, UK
Soh Wai Ching meneruskan pencapaian luar biasanya apabila mengungguli cabaran menaiki anak tangga Menara Spinnaker setinggi 170 meter.