awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pele dikejarkan ke hospital, keadaan kesihatan merosot teruk - Laporan

Agensi
Agensi
30/11/2022
16:48 MYT
Pele dikejarkan ke hospital, keadaan kesihatan merosot teruk - Laporan
Pele yang menghidap kanser metastatik, dikejarkan ke hospital Albert Einstein pada Selasa oleh isterinya dalam kedaaan 'lemah'. - Gambar/ FB Pele
KESIHATAN legenda bola sepak Brazil, Pele, 82, dilaporkan merosot dengan teruk selepas beliau dimasukkan ke hospital di Sao Paulo dengan bengkak di seluruh badan.
Pele yang menghidap kanser metastatik, dikejarkan ke hospital Albert Einstein pada Selasa oleh isterinya dalam kedaaan 'lemah', menurut Daily Mail yang memetik ESPN Brasil.
Kakitangan perubatan mengesahkan beliau mengalami 'bengkak umum', sindrom edemigemik selain mengenal pasti 'kegagalan jantung dekompensasi'.
Turut dilaporkan, rawatan kemoterapi terhadap kansernya tidak lagi berkesan, manakala dia disahkan mengalami kekeliruan mental ketika dimasukkan ke hospital.
Beliau juga menghadapi kesukaran untuk makan, berkemungkinan disebabkan ensefalopati hepatik - gangguan sistem saraf yang disebabkan oleh penyakit hati yang teruk.
Pele akan menjalani beberapa ujian untuk penilaian lanjut mengenai masalah yang kesihatan yang dihadapinya.
Media juga melaporkan, situasi dihadapi Pele membimbangkan semua pihak terutama isterinya, Marcia Aokoi.
Bagaimanapun, anak perempuan Pele, Kely Nascimento, yang tidak berada di Brazil, menegaskan situasi dialami Pele tidak membimbangkan.
Dalam satu kemas kini di Instagram, dia berkata: "Tiada kecemasan atau jangkaan buruk. Saya akan berada di sana untuk sambutan Tahun Baharu dan berjanji untuk menyiarkan beberapa gambar".
Topic Berkaitan
#Pele
#legenda bola sepak
#Brazil
#kesihatan merosot teruk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan