awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pele inspirasi bagi jutaan manusia - Ronaldo

Sinar Harian
Sinar Harian
30/12/2022
04:00 MYT
Pele inspirasi bagi jutaan manusia - Ronaldo
Ronaldo (kiri) menyifatkan kehilangan Pele akan dirasai oleh komuniti bola sepak dunia. -Foto Sinar Harian
CRISTIANO Ronaldo telah memberikan penghormatan kepada legenda Brazil, Pele yang meninggal dunia pada usia 82 tahun.
Ujarnya, ucapan selamat tinggal sahaja tidak mencukupi untuk menggambarkan kehilangan pemain terulung bola sepak dunia itu.
Kematian Pele disahkan oleh anak perempuannya pada Jumaat kerana kanser kolon.
Kematiannya telah mencetuskan kesedihan seluruh komuniti bola sepak dengan pemain dan kelab dari seluruh dunia memberi penghormatan kepadanya yang mengharumkan nama Brazil pada edisi Piala Dunia 1958, 1962 dan 1970.
View this post on Instagram
A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano)
"Takziah saya ucapkan kepada seluruh Brazil dan khususnya kepada keluarga Edson Arantes do Nascimento.
"Sekadar selamat tinggal kepada Raja Pele tidak akan pernah cukup untuk meluahkan kesakitan yang kini melanda seluruh dunia bola sepak.
"Dia adalah inspirasi untuk jutaan orang, rujukan untuk selamanya. Kasih sayang yang selalu dia tunjukkan kepada saya akan terus diingati walaupun dari jauh.
"Dia tidak akan dilupakan, dan ingatannya akan kekal selama-lamanya dalam diri setiap pencinta bola sepak.
"Rehatlah dengan tenang, Raja Pele," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Pele
#Cristiano Ronaldo
#kanser kolon
#legenda bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan