awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pele ucap tahniah kepada Mbappe

Israr Khalid
Israr Khalid
01/07/2018
22:21 MYT
Pele ucap tahniah kepada Mbappe
Mbappe berkata dia berbesar hati dan terharu untuk menyamai rekod berusia 60 tahun itu. - Gambar fail
KYLIAN Mbappe meledak dua gol untuk membantu Perancis menendang Argentina keluar dari saingan Piala Dunia FIFA 2018 Rusia.
Rekod itu menjadikannya remaja kedua selepas Pele yang menjaringkan lebih dari satu gol di pentas Piala Dunia, di mana legenda Brazil itu melakar ‘brace’ (dua jaringan, satu dengan kaki kanan dan satu lagi dengan kaki kiri) pada final edisi 1958, masing-masing ketika berusia 19 tahun.
El Rey kemudian memuji bintang muda Les Blues itu menerusi Twitternya.
“Tahniah, Kylian Mbappe. Dua gol dalam Piala Dunia pada usia yang begitu muda meletakkan anda dalam kalangan yang hebat!
“Selamat maju jaya untuk perlawanan seterusnya, kecuali menentang Brazil!,” tulis Pele.
Congratulations, @KMbappe. 2 goals in a World Cup so young puts you in great company! Good luck for your other games. Except against! / Parabéns, Kylian. Marcar 2 gols em uma partida da Copa te coloca em boa companhia! Boa sorte no resto da competição. Exceto contra o ! https://t.co/DW0XcJF49m
— Pelé (@Pele) June 30, 2018
Sementara itu, Mbappe berkata kepada L’Equipe bahawa dirinya berbesar hati dan terharu untuk menyamai rekod berusia 60 tahun itu.
“Saya sangat gembira dan ia satu pujian untuk menjadi yang kedua selepas Pele tetapi mari kita simpulkannya begini: Pele adalah berbeza kategori, tetapi seronok rasanya untuk menjadi sebahagian daripada mereka (pemain hebat).
“Sepertimana yang selalu saya katakan, semua pemain tahap tertinggi berada di pentas Piala Dunia, jadi ia satu peluang untuk menunjukkan apa yang anda boleh lakukan dan apa kemampuan anda. Tiada tempat yang lebih baik daripada Piala Dunia,” katanya.
Kemenangan 4-3 Perancis ke atas Argentina pimpinan Lionel Messi itu menempatkan Les Blues di peringkat suku akhir, dan bakal menentang Uruguay yang menundukkan Portugal 2-1.
Topic Berkaitan
#Brazil
#El Rey
#Kylian Mbappe
#Pele
#Perancis
#Piala Dunia
#Piala Dunia 2018
#Raya Bola 2018
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan