KUALA LUMPUR: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mengesahkan pelumba wanita negara yang mendakwa mengalami gangguan seksual daripada jurulatihnya sendiri kembali menjalani latihan semalam.
Naib Presiden PKBM Datuk Amarjit Singh Gill berkata pihaknya telah melantik Nor Alfizar Othman sebagai jurulatih sementara skuad berbasikal bukit (MTB) berkuat kuasa Sabtu lepas (1 April) susulan isu itu bagi memastikan persiapan pasukan ke temasya Sukan SEA di Phnom Penh, Kemboja pada Mei ini berjalan lancar.
"Semua pelumba (termasuk mangsa) sudah kembali ke kem latihan bermula hari ini untuk menjalani latihan di Nilai. Namun, Nor Alfizar hanya pinjaman sementara daripada Majlis Sukan Negeri Kedah dan kembali ke Kedah selepas Sukan SEA tamat.
"Berbaki 27 hari sebelum Sukan SEA bermula, jadi kami prihatin dengan mental, emosi dan fokus pelumba dan paling penting PKBM mahu pastikan atlet berada dalam keadaan selamat. Biar polis jalankan siasatan mereka," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat antara PKBM dan MSN mengenai kes gangguan seksual atlet berbasikal di MSN, Bukit Jalil semalam.
Nor Alfiza, 46, merupakan Jurulatih Sukan Berbasikal Negeri Kedah yang memainkan peranan penting dalam mencungkil bakat pelumba muda meningkat naik, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri sehingga mampu meraih pingat emas acara 500 meter ujian masa di New Delhi pada 20 Jun tahun lepas.
Pada 31 Mac lepas, Presiden PKBM Datuk Abu Samah Abd Wahab mengesahkan menerima laporan berhubung kes gangguan seksual membabitkan seorang pelumba wanita negara bagi acara MTB, dan pihaknya mengambil tindakan serta-merta menggantung jurulatih berkenaan bagi membantu siasatan lanjut.
Amarjit Singh bagaimanapun berkata atlet wanita itu kini berada dalam keadaan stabil selepas insiden itu berlaku dan mempamerkan semangat juang tinggi untuk mewakili negara dalam usaha mengibarkan bendera Malaysia di temasya dwitahunan itu.
"Saya telah bercakap dengan beliau pada Sabtu lepas selama setengah jam melalui panggilan telefon. Emosinya terganggu apabila kejadian ini berlaku dan sudah tentu kami memuji (keberanian) beliau untuk tampil (buat laporan polis).
"Namun selepas panggilan telefon dilakukan, beliau meyakinkan saya dan Naib Presiden II PKBM Mohd Saiful Abdul Jalil, yang beliau sudah 100 peratus bersedia untuk menghadapi situasi (mendapat perhatian media) dan mewakili negara," ujarnya.
Sementara itu, Naib Presiden II PKBM Mohd Saiful Abdul Jalil berkata sasaran mempertahankan pingat emas yang dimenangi dalam acara berganti-ganti rentas desa campuran masih dikekalkan pada edisi Sukan Asia Tenggara edisi ini, namun corak latihan berkemungkinan berbeza sedikit daripada sebelum ini.
Pada Sukan SEA Hanoi, Vietnam pada Mei lalu, skuad MTB negara tampil cemerlang menyumbang emas dalam acara rentas desa campuran berpasukan serta turut meraih satu perak dan gangsa dalam acara merentas desa wanita.
Sukan SEA di Phnom Penh, Kemboja bermula 5 hingga 17 Mei ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 04 2023

Amarjit Singh berkata atlet wanita itu kini berada dalam keadaan stabil selepas insiden itu berlaku. - Gambar fail BERNAMA
Malaysia semakin hampiri sasaran 27 pingat
Tiada tambahan pingat buat kontinjen Malaysia dalam saingan Sukan Asia Hangzhou 2022 untuk hari ini.
Begitupun, atlet negara kini semakin menghampiri sasaran 27 pingat dengan beberapa acara melibatkan atlet kebangsaan dijadualkan pada Khamis.
Untuk butiran lanjut, kita bersama wartawan Astro ARENA, Zulhelmi Zainal Azam dari Hangzhou, China.
Begitupun, atlet negara kini semakin menghampiri sasaran 27 pingat dengan beberapa acara melibatkan atlet kebangsaan dijadualkan pada Khamis.
Untuk butiran lanjut, kita bersama wartawan Astro ARENA, Zulhelmi Zainal Azam dari Hangzhou, China.
Mesyuarat Kabinet tidak sentuh mengenai rombakan
Datuk Seri Khaled Nordin, yang juga Naib Presiden UMNO berkata, mesyuarat jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak menyentuh mengenai rombakan Kabinet.

Sukan Asia: Perak beri insentif kepada Muhammad Azeem, Sheeren berjaya rangkul gangsa
Jumlah insentif itu masih dalam perbincangan antara kerajaan negeri dan MSN Perak namun ia akan diberikan dalam masa terdekat.
Tumpu usaha perkukuh ASEAN sebagai ‘bakul makanan dunia’
Mesyuarat Menteri-Menteri Asean Mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF) ke-45 memberi tumpuan untuk mengukuhkan kedudukan Asean sebagai ‘bakul makanan dunia.’
Hujan di beberapa kawasan kurangkan jerebu
Mujur beberapa kawasan sekitar Lembah Klang dapat mengurangkan jerebu hari ini.
Tanya AI: Bagaimana jerebu boleh jejaskan kesihatan?
Penyampai AI, Joon, beri penjelasan bagaimana jerebu boleh bahayakan kesihatan.
[TERKINI] Kerugian jenayah dalam talian hampir RM2 bilion
Kerugian akibat jenayah dalam talian terus meningkat kepada hampir RM2 bilion bagi tempoh 2021 hingga September lalu.

Malaysia utus surat kepada Indonesia selesai masalah jerebu rentas sempadan - Nik Nazmi
Malaysia telah menghantar surat kepada Indonesia bagi menyelesaikan segera Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (AATHP).
Malaysia hantar surat kepada indonesia
Malaysia melaksanakan tindakan susulan dengan menghantar surat kepada Indonesia berhubung masalah jerebu rentas sempadan.
Diskaun PTPTN mungkin tidak diteruskan
Kerajaan mungkin tidak akan meneruskan lagi pemberian diskaun untuk tujuan pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Lupakan Sukan Asia, tumpuan Shah Firdaus Sahrom beralih kepada Paris 2024
Kini, dia hanya ingin memfokuskan persiapan menjelang saingan Sukan Olimpik Paris yang diklasifikasikan lebih mencabar.

Perjuangan Malaysia belum berakhir!
Mohd Yusoff berkata, perjuangan anak-anak buahnya masih belum selesai selagi perlumbaan edisi ke-27 itu menutup tirai Sabtu ini.

LTdL: Harrif Salleh hilang 10 saat rantai terlucut
Harrif Salleh, pada awalnya berada di kedudukan baik menuju garisan penamat tetapi basikalnya pula mengalami masalah teknikal.

Cipta sejarah LTdL, Malaysia bukti mampu cabar pasukan elit
Barisan enam pelumba bimbingan Mohd Yusof itu memperlihatkan kehadiran mereka pada LTdL kali ini tidak boleh dipandang sepi.

Masa untuk Shah Firdaus keluar daripada bayangan 'Pocket Rocketman'
Norza berkata, selama ini Shah Firdaus seakan berada dalam bayangan Azizulhasni yang sudah pun membuktikan kecemerlangannya di pentas antarabangsa.

LTdL: Malaysia bukan sekadar pelengkap
Di sebalik kehadiran beberapa pasukan ternama, barisan pelumba Malaysia tetap memiliki aura tersendiri.

Sukan Asia: Shah Firdaus gagal pujuk Azizulhasni
Shah Firdaus berkata beliau telah cuba sedaya upaya meniup semangat kepada Azizulhasni namun usahanya menemui jalan buntu.

PKBM tak panik prestasi Azizulhasni
Abu Samah percaya Azizulhasni mampu kembali bangkit menebus kekecewaannya pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 bulan depan.

Berbasikal Trek Dunia UCI: Azizulhasni berdepan detik cemas
"Dada terasa sesak dan selepas beberapa ketika, saya berjumpa doktor dan dibawa ke bilik rawatan."

Azizulhasni akur pengakhiran tanpa kilauan pingat
Azizulhasni terpaksa akur apabila mengakhiri acara kegemarannya di tangga kesembilan - kedudukan yang sama dalam saingan Isnin lalu.