awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelumba Jepun, Noguchi maut di litar

Astro Arena
Astro Arena
17/08/2023
05:10 MYT
Pelumba Jepun, Noguchi maut di litar
FIM Asia mengesahkan Haruki menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.40 petang semalam di Hospital Besar Nusa Tenggara Barat. - Gambar/ Stadium Astro
PELUMBA Jepun, Haruki Noguchi, yang terlibat dalam kemalangan sewaktu perlumbaan ASB 1000 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Mandalika, Indonesia pada Ahad lalu disahkan meninggal dunia petang semalam.
Persatuan Permotoran Antarabangsa (FIM) Asia dalam satu kenyataan sebentar tadi mengesahkan Haruki menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.40 petang semalam di Hospital Besar Nusa Tenggara Barat.
Dalam perlumbaan pusingan keempat itu, Haruki terlibat dalam satu kemalangan di selekoh ke-10 pusingan keempat - yang turut melibatkan dua pelumba negara, Zaqhwan Zaidi dan Kasma Daniel Kasmayuddin.
Pelumba berusia 22 tahun itu diberikan rawatan segera di pusat kesihatan litar berkenaan sebelum dipindahkan ke hospital tempatan.
Selepas bertarung nyawa selama tiga hari di unit rawatan rapi, Haruki disahkan meninggal dunia disebabkan kecederaan yang dialaminya.
"Presiden FIM Asia dan lembaga pengarahnya, Two Wheels Motor Racing dan Keluarga ARRC menyampaikan salam takziah buat keluarga, rakan dan orang yang dicintai Haruki Noguchi," kata kenyataan berkenaan. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#peumba Jepun
#Haruki Noguchi
#meninggal dunia
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan