JAKARTA: Pemain badminton Indonesia Syabda Perkasa Belawa meninggal dunia dalam kecelakaan jalan raya di Pemalang, Jawa Tengah, pada awal pagi Isnin.
Allahyarham berusia 21 tahun.
Tragedi yang berlaku sekitar pukul 3.40 pagi itu turut mengorbankan ibunya, Anik Sulistyowati, 48.
Kedua-dua beranak itu meninggal dunia di tempat kejadian, sementara, bapanya, Muanis Hadi Sutamti dan dua kakaknya, Diana Sakti Anistyawati and Tahta Bathari Cahyaloka pula mengalami kecederaan.
Syabda dan keluarganya dilaporkan sedang dalam perjalanan ke Sragen bagi menghadiri majlis pengebumian neneknya yang meninggal dunia pada Ahad malam.
Menurut laporan media tempatan, kereta yang dipandu bapa Allahyarham Syabda itu dipandu laju sebelum merempuh sebuah trak di Plaza Tol Pemalang.
Polis mengesyaki, keletihan pemandu menjadi punca kemalangan itu berlaku.
Jenazah Syabda dan ibunya serta neneknya dikebumikan dalam satu liang lahad pada tengah hari Isnin di kampung halaman mereka di Sragen.
Dalam kariernya, Syabda tersenarai sebagai antara pemain skuad kebangsaan Indonesia untuk kejohanan Piala Thomas 2022 ketika menentang Korea Selatan.
Allahyarham juga telah meraih tiga kemenangan kategori pemain badminton perseorangan di Lithuanian International 2022 dan Malaysia International 2022.
Susulan kejayaan berganda pada 2022, Syabda turut meningkatkan prestasinya apabila meraih kejuaraan di Iran International 2023.
Beliau kini berada di kedudukan 135 dunia dalam senarai pemain badminton antarabangsa.
Sementara itu, Persatuan Badminton Indonesia (PBSI) menyifatkan pemergian Syabda satu kehilangan besar buat negara itu.
Agensi
Mon Mar 20 2023
Pemain badminton Indonesia Syabda Perkasa Belawa meninggal dunia dalam kecelakaan jalan raya di Pemalang, Jawa Tengah, pada awal pagi Isnin. - Gambar Instagram
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 7 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
10 Berita Pilihan - (07 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
YLTAT, GTA dan UniKL jalin kerjasama pemantapan pendidikan, kemahiran
Kolaborasi inovatif ini merupakan sebahagian daripada inisiatif JEBAT YLTAT bersama GTA dan UniKL untuk mendukung usaha kerajaan memantapkan kelestarian pendidikan.
PM Anwar terima kunjungan hormat delegasi Majlis Perniagaan AS-ASEAN
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Majlis Perniagaan Amerika Syarikat (AS)-Asean.
'Bandar kanak-kanak', Rafah tidak boleh diserang - UNICEF
Bandar kanak-kanak, Rafah tidak boleh diserang, kata Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
Rantau ASEAN alami 47 bencana minggu lepas - Pusat AHA
Rantau ASEAN mengalami 47 bencana, termasuk banjir, tanah runtuh, ribut dan kejadian berkaitan angin dari 29 April hingga 5 Mei tahun ini.
Wanita nyaris jadi mangsa culik, ditumbuk, diseret sekumpulan lelaki
Polis berkata kejadian pada jam 9.30 malam itu disedari suami wanita berkenaan selepas mendengar jeritan isterinya yang berusia 47 tahun itu.
Cuaca Panas, Stres: Tips kepada bakal jemaah Haji
Hari wukuf bagi musim haji 2024 adalah pada 9 Zulhijah atau bersamaan 15 Jun 2024, iaitu kemuncak musim panas di Arab Saudi.
Haji 2024: Jemaah wanita paling ramai
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan jumlah Jemaah wanita Haji dan pecahan mengikut umur. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Pemain badminton Indonesia Syabda Perkasa dan ibu meninggal dunia kemalangan
Syabda Perkasa bersama keluarga dalam perjalanan menghadiri majlis pengebumian neneknya.