awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
Rakyat Thailand keluar mengundi untuk pilih Ahli Parlimen baharu
Hari Keselamatan Internet berlangsung di Tasik Titiwangsa hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemain saya tidak gentar, kata Maloney menjelang pertemuan dengan Thailand

Bernama
Bernama
06/05/2022
21:20 MYT
Pemain saya tidak gentar, kata Maloney menjelang pertemuan dengan Thailand
Brad Maloney (kanan) bersama Alexandre Polking pada sidang media sempena Sukan SEA ke-31, di Nam Dinh, 6 Mei 2022. --fotoBERNAMA
NAM DINH: Malaysia bersedia untuk memulakan kempen bola sepak lelaki Sukan SEA ke-31 dengan keputusan positif apabila bertemu tuan rumah Thailand dalam perlawanan pertama Kumpulan B di Stadium Thien Truong di sini, malam ini.
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Bawah-23 (B-23) Brad Maloney berkata walaupun pasukannya menghormati Thailand sebagai salah satu pasukan pilihan, tetapi itu tidak akan menghalang mereka untuk memberi persembahan terbaik bagi meraih tiga mata pertama yang sangat penting.
"Tentulah kita sangat menghormati Thailand, mereka adalah pasukan pilihan kejohanan dan telah banyak kali menjadi juara dalam kejohanan ini.
"Justeru dengan rasa hormat kepada Thailand dan atas sebab yang sama, pemain saya tidak gentar tanpa mengira siapa lawan mereka dan kami akan menghadapi perlawanan dengan sikap positif, saya rasa kami boleh mencapai keputusan positif," katanya kepada pemberita semasa sidang media praperlawanan di sini semalam.
Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah pada Kelayakan Piala Asia B-23 2022 di Mongolia, Oktober tahun lepas, yang menyaksikan pengakhiran seri tanpa jaringan.
Sementara itu, mengulas mengenai senarai akhir 20 pemain bagi temasya dwitahunan itu, Maloney berkata beliau amat berpuas hati dengan kombinasi pemain lama dan baharu serta komitmen yang ditunjukkan mereka.
"Saya gembira dengan kumpulan ini, majoriti pemain, kami telah bekerjasama untuk dua atau tiga tahun sebelum ini dan kami juga mempunyai muka baharu, namun saya percaya ini adalah kumpulan pemain terbaik dalam umur ini (B-23) yang boleh didapati untuk pemilihan bagi kejohanan ini, saya berpuas hati dengan pemilihan tersebut," katanya.
Dalam pada itu, ketua jurulatih pasukan tuan rumah yang juga mengendalikan skuad senior negara itu, Alexandre Polking berkata pasukannya akan menggunakan sistem yang sama seperti pasukan kebangsaan dalam misi mereka mengecap kejayaan di sini.
"Kami mahu bermain cara yang sama dalam Piala AFF.. maksud saya itu sepatutnya menjadi sasaran untuk semua kumpulan umur dalam pasukan kebangsaan sekarang.
"Kami sedang cuba untuk mendapatkan kaedah atau sistem yang sama dan kami mempunyai para pemain yang mempunyai ciri-ciri itu di sini, walaupun tanpa kehadiran beberapa orang daripada mereka," katanya.
Polking berkata beliau tidak menganggap pasukannya sebagai pilihan dan berpendapat Vietnam dan Indonesia mempunyai potensi terbaik untuk muncul juara susulan persediaan yang telah mereka lakukan.
Selepas pertembungan dengan Thailand, Malaysia akan berdepan Laos pada 11 Mei, Singapura (14 Mei) dan Kemboja (16 Mei) di venue sama. Dua pasukan terbaik layak ke separuh akhir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Brad Maloney
#Thailand
#Sukan SEA
#b-23
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan