awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemain T-Team sedia angkat sumpah Al-Quran

Bernama
Bernama
08/02/2014
09:16 MYT
Pemain T-Team sedia angkat sumpah Al-Quran
Pemain Islam pasukan T-Team bersedia mengangkat sumpah menggunakan Al-Quran seperti yang diminta oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berhubung insiden di Larkin, Johor Baharu baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif T-Team Ab Rasid Jusoh berkata kesemua pemain itu bersedia mengangkat sumpah itu pada bila-bila masa.
"Kita masih menunggu tarikh sesuai untuk mengangkat sumpah Al-Quran berkenaan. Kesemua pemain bersedia melakukan perkara itu pada bila-bila masa," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Semalam, Menteri Besar Terengganu itu meminta para pegawai dan pemain T-Team mengangkat sumpah Al-Quran berhubung insiden pada perlawanan Piala FA ketika menentang Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos di Larkin, Johor Baharu pada 1 Feb lepas.
Ab Rasid berkata T-Team juga akan memberi tumpuan kepada saingan Liga Super selepas ini.
"Sudah pasti kita akan memberi tumpuan sepenuhnya dalam saingan Liga Super. Bahkan kita akan bermain bersungguh-sungguh dalam memastikan dapat menyaingi pasukan lain untuk memperbaiki kedudukan Liga Super," katanya.
Topic Berkaitan
#Ahmad Said
#bola sepak
#JDT
#Piala FA
#T-Team
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan