awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penantian 15 tahun berakhir, pasangan dikurniakan cahaya mata hasil IVF tajaan TAFF
Kempen #MadaniMembantu dilancar, perkukuh usaha kerajaan bantu rakyat - Zulkifli
“Perang dengan Iran bukan piknik, tapi api yang membakar” - Kataib Hezbollah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemain warisan dalam radar Kesatuan Ragbi Malaysia

Bernama
Bernama
09/07/2025
00:30 MYT
Pemain warisan dalam radar Kesatuan Ragbi Malaysia
Amir Amri Mohamad, Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) kini dalam usaha mengenal pasti pemain warisan yang berpotensi untuk memperkuatkan skuad kebangsaan pada masa akan datang.
Presidennya Amir Amri Mohamad berkata cadangan ke arah penggunaan pemain warisan telah dibangkitkan oleh penggiat serta peminat sukan itu dan KRM bersikap terbuka terhadap kemungkinan tersebut.
"Memang ada usaha. Perkara ini dilontarkan oleh penggiat dan peminat ragbi dan kita akan lihat dari semasa ke semasa. Dari segi kedudukan kewangan dan kemampuan KRM, insya-Allah kita akan cuba laksanakan.
"Buat masa ini, memang ada usaha-usaha awal untuk kita kenal pasti dahulu pemain warisan yang boleh beraksi untuk Malaysia," katanya ketika ditemui pada Majlis Penajaan Rasmi Antara Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dan KRM di Kompleks Hong Leong Yamaha di Sungai Buloh, dekat sini, semalam.
Penggunaan atlet warisan bukanlah perkara baharu dalam sukan negara, khususnya bola sepak yang telah lama menggunakan pendekatan itu bagi memperkuat skuad Harimau Malaya.
Bulan lepas, Akuatik Malaysia (MAS) memaklumkan sedang memperhebat usaha mengenal pasti dan merekrut perenang warisan bagi memperkukuh skuad kebangsaan menerusi pendekatan yang turut digunakan Singapura.
Terdahulu, pada majlis semalam HLYM menyalurkan tajaan bernilai RM200,000 kepada KRM bagi mempersiapkan skuad ragbi tujuh sepasukan (7s) lelaki dan wanita negara menjelang Sukan SEA 2025 di Thailand dari 9 hingga 20 Dis depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ragbi
#pemain warisan
#atlet warisan
#Amir Amri Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan