KUALA LUMPUR:Pematuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) perlu dipadang serius oleh semua pihak, bagi memastikan kelangsungan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Setelah kerajaan memberikan kebenaran kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL), untuk mengadakan Liga-M menerusi pendekatan kuarantin di kem atau rumah di bawah konsep gelembung sukan, komitmen semua pihak diperlukan bagi memastikan COVID-19 tidak menular, sepanjang saingan liga berlangsung.
Pemain Penang FC Abdul Latiff Suhaimi berkata SOP kali ini sedikit berbeza, namun beliau akan sedaya upaya mengikuti arahan yang ditetapkan, selain menyeru semua pihak ada kesedaran yang sama.
"Ikut sahaja SOP yang telah ditetapkan MKN (Majlis Keselamatan Negara) jika sayangkan bola sepak kita, selain memastikan kita dapat melangsungkan semua perlawanan Liga Super, Liga Premier dan Piala Malaysia musim ini," katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan MFL.
Sementara itu, pemain pertahanan UiTM FC Afif Asyraf Mohamad Zabawi berasa SOP kali ini menuntut disiplin yang tinggi daripada pemain dan pasti memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan norma baharu berkenaan.
Namun, Afif Asyraf berkata apa yang mustahak adalah peluang yang telah diberikan oleh MKN untuk semua pasukan turun berlatih bermula semalam, dan beliau selaku pemain sudah tidak sabar untuk turun beraksi.
"Ini jelas satu norma baharu yang perlu dilalui, namun saya rasakan tiada masalah buat pemain-pemain bagi ikuti SOP ini sebaik mungkin. Peluang telah diberikan dan kami akan gunakan masa yang ada untuk pastikan pasukan bersedia hadapi Liga," katanya.
Pemain Perak Amirul Azhan Aznan pula berpandangan, tempoh persiapan yang singkat bagi hadapi pembukaan Liga-M berbanding sebelum ini bukan satu masalah yang besar, asalkan pemain-pemain mampu ikuti program yang telah direncanakan jurulatih.
Liga musim ini dijadual bermula 5 Mac ini dengan perlawanan Sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah, di antara juara Liga Super 2020 Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kedah, menjadi aksi pembuka tirai.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 16 2021
Pematuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) perlu dipadang serius oleh semua pihak, bagi memastikan kelangsungan Liga-M musim ini. - Gambar fail
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC
KDNFC hari ini mengumumkan Park Jaehong dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.
Pengendali Liga-M 2024/25 sila perbaharui lesen jurulatih - PJBM
PENGENDALI kelab Liga Malaysia (Liga-M) 2024/25 diingatkan supaya memperbaharui lesen jurulatih masing-masing segera.
Sepak mula musim baharu Liga-M pada Mei 2024
Musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) bagi 2024/2025 akan bermula pada 3 Mei 2024 dan dijadual berakhir April 2025.
Liga-M 2024 bermula April
Liga Malaysia musim depan bakal bermula pada April 2024 hingga April 2025 selari dengan takwim Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
Bersuara demi bola sepak negara - TMJ
Forum tersebut dicadangkan TMJ sebagai platform kepada penyokong mendapatkan perkembangan terkini kelab masing-masing.
Tajaan syarikat vape: BRM FC berpeluang beraksi dalam Liga-M jika tukar jersi
Pasukan Liga M3, BRM FC masih berpeluang untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) sekiranya bertindak mengubah penggunaan jersi memaparkan logo penaja daripada jenama rokok elektronik.
Perubahan penting jadikan saingan Liga-M 2023 lebih menarik, mencabar
Kancah Liga Malaysia (Liga-M) 2023 yang menawarkan keseluruhan enam trofi kejuaraan menjanjikan saingan lebih menarik menerusi beberapa perubahan penting dibuat Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
Siapa mampu tamatkan dominasi JDT?
Pasukan dari selatan tanah air ini mendominasi Liga Super dengan rekod kejuaraan lapan kali berturut-turut sejak 2014.
Liga-M: Makan dan minum dalam stadium masih tidak dibenarkan - MFL
Penyokong bola sepak tempatan masih tidak dibenarkan makan dan minum di dalam stadium pada musim baharu Liga-M yang akan membuka tirai dengan perlawanan sumbangsih pada 26 Feb ini.
Pemain tempatan kurang perlawanan kompetitif - FIFA
FIFA syorkan saingan Liga Malaysia melibatkan Liga Super dan Liga Premier dipanjangkan bagi menyediakan jumlah perlawanan yang ideal kepada pemain.