PERSAINGAN untuk membeli Manchester United semakin hangat apabila pemilik bank Qatar, Sheikh Jassim Bin Hamad Al Thani dan jutawan British, Jim Ratcliffe bersedia untuk meningkatkan bidaan mereka untuk membeli pasukan tersebut.
Kedua-dua pihak dijangka meningkatkan tawaran awal mereka selepas tarikh akhir penyerahan dilanjutkan oleh bank Raine yang bertindak sebagai pihak ketiga membantu penjualan kelab itu.
Sky Sports turut melaporkan bahawa Sheikh Jassim dan Ratcliffe telah diberikan lanjutan masa untuk mengemukakan bidaan baharu kerana kekeliruan mengenai tempoh akhir masa tersebut.
Pemilik United, keluarga Glazer sebelum ini meletakkan kelab itu bernilai £6 bilion (RM32.8 bilion) dan mencatat rekod dunia harga untuk sebuah kelab sukan.
Bidaan Sheikh Jassim mahu menguasai 100 peratus kelab itu menjanjikan penghapusan hutang United sebanyak AS$620 juta (RM2.76 bilion) dan melabur untuk stadium baharu serta tempat latihan.
Sumber yang rapat dengan tawaran Sheikh Jassim memberitahu AFP bahawa pemilik bank Qatar itu tetap yakin tawarannya adalah yang terbaik untuk kelab, peminat dan komuniti tempatan.
Pengasas syarikat bahan kimia INEOS, Ratcliffe pula lebih berhati-hati dengan penelitiannya dan menegaskan dia tidak akan membayar harga 'bodoh' dalam pertarungan tawaran untuk kelab bola sepak paling ikonik itu.
"Bagaimana anda menentukan harga sebuah lukisan? Bagaimana anda menentukan harga sebuah rumah? Ia bukan berkaitan berapa kos untuk membinanya atau berapa kos untuk melukis," kata Ratcliffe kepada Wall Street Journal minggu ini.
"Apa yang anda tidak mahu lakukan ialah membayar harga yang bodoh untuk sesuatu kerana anda akan menyesal selepas itu," ujarnya.
Ratcliffe yang mahukan 69 peratus saham dimiliki keluarga Glazer berkata, minatnya terhadap United ialah 'untuk menang sesuatu dengan melabelkan kelab itu sebagai aset komuniti'. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Mar 23 2023

Sheikh Jassim dan Ratcliffe telah diberikan lanjutan masa untuk mengemukakan bidaan baharu membeli United kerana kekeliruan mengenai tempoh akhir masa tersebut. -Foto fail

Amber Heard seronok duduk Sepanyol, sudah move on daripada Johnny Depp
Setelah melalui episod perceraian dan perseteruan di mahkamah yang tidak menyebelahinya, Amber Heard membawa diri berpindah ke Sepanyol.

ARC: Skuad Bunga Raya tumpas kepada Korea Selatan
Skuad ragbi 15 Sebelah (15s) negara terpaksa akur dengan keampuhan Korea Selatan selepas tewas 3-27, pada Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2023 di Stadium Saidina Hamzah, UIAM.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 3 Jun 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut ialah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 3 Jun 2023.

Kenyataan Perancis tolak sebarang cubaan mencabar kedaulatan Malaysia - Zambry
Zambry dan Colonna membincangkan usaha-usaha bersama dalam menangani isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

Kanak-kanak lelaki dipercayai lemas ketika mandi di sungai
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun hilang, dikhuatiri lemas, ketika mandi di sungai berdekatan Teratak River View Lubuk Hantu, Simpang Empat, Tanjung Malim, hari ini.

Netizen samakan Watie dengan watak Anjali Sharma dalam filem Kuch Kuch Hota Hai
Masih tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum menjelangnya majlis pernikahan pelawak dan pelakon Shuib Sepahtu dengan pilihan hatinya, Watie Hanafiah.

119 kru terselamat selepas kapal perang terbakar di Indonesia
Sebuah kapal tentera laut Indonesia (TNI AL) dilaporkan terbakar berdekatan perairan Selayar, di Sulawesi Selatan pada Sabtu, manakala seramai 119 anak kapalnya dilaporkan selamat.

Ketua Polis P. Pinang tidak tunduk dengan ugutan
Katanya, beliau tidak akan tunduk dengan ugutan atau ancaman oleh mana-mana sindiket haram terhadapnya.

MATA dalam misi tarik jemaah haji dan umrah China untuk transit ke Malaysia
MATA sedang dalam usaha untuk menarik jemaah haji dan umrah daripada negara China, untuk melawat atau transit di Malaysia terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Arab Saudi.

Final Piala FA: Manchester City akan tampil dengan kekuatan penuh
Juara EPL itu sebelum ini kelihatan mengalami masalah kecederaan pemain menjelang penentuan gelaran di Stadium Wembley berkenaan.

Final Piala FA: Manchester United sedang bina sesuatu istimewa bersama Ten Hag - Fernandes
Ten Hag kini berpeluang untuk menamatkan kempen dengan nota positif seandainya dapat memenangi piala domestik kedua.

Maguire perlu buat keputusan mengenai masa depan bersama Man United - Ten Hag
Erik ten Hag telah membayangkan bahawa Harry Maguire mungkin meninggalkan Manchester United pada musim panas ini

Piala FA: Manchester United bersedia untuk satu lagi pertempuran 'istimewa'
Mereka bersedia untuk satu lagi pertempuran 'istimewa' menentang Manchester City dalam perlawanan akhir Piala FA.

Erik ten Hag janjikan Piala FA buat peminat Manchester United
Erik ten Hag berjanji di hadapan penyokong setia Old Trafford bahawa Manchester United mempunyai peluang yang sangat baik untuk memenangi Piala FA dan memusnahkan usaha Manchester City.

Erik ten Hag janjikan Piala FA buat peminat Manchester United
Pemain diberi sambutan yang hebat sejurus wisel penamat dengan De Gea menerima Anugerah Sarung Tangan Emas.

Neymar mampu menyerlah bersama Manchester United - Willian
Bekas rakan sepasukan Neymar di kem Brazil, Willian, percaya penyerang itu berkemampuan untuk membintangi mana-mana pasukan apabila dia terus dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United.

Chelsea tidak capai tahap yang diperlukan bersaing dengan Manchester United - Frank Lampard
Lampard sekali lagi mengecam pemain Chelsea yang gagal menghadirkan prestasi terbaik susulan kekalahan mereka kepada Manchester United.

Erik ten Hag: Antony mungkin alami kecederaan serius
Erik ten Hag bimbang pemain sayap Antony mengalami kecederaan serius ketika Manchester United memenuhi objektif utama kelayakan Liga Juara-Juara (UCL) dengan membelasah Chelsea.

Casemiro pastikan Manchester United di ambang kelayakan Liga Juara-Juara
Kemenangan di tempat lawan memperkukuhkan cengkaman United untuk mengakhiri saingan di kelompok empat terbaik.