KUALA LUMPUR: Pencapaian bersejarah Kontinjen Malaysia di Sukan Universiti Dunia (Universiade) Chengdu, China, diharap membuka mata Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) dan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk membenarkan atlet terbaik negara menyertai temasya berkenaan pada masa depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Kontinjen Universiade Malaysia Datuk Dr Pekan Ramli berkata kejayaan menamatkan penantian 38 tahun untuk emas sulung negara harus menyedarkan NSA dan MSN mengenai keperluan menghantar atlet terbaik ke temasya berkenaan.
"Ini temasya sukan Olimpik Universiti yang tahapnya sangat tinggi, perit untuk dapat pingat di sini. Saya harap ini buka mata NSA dan MSN agar benarkan atlet terbaik, bukan atlet 'tier dua' yang boleh kita bawa ke Universiade pada masa akan datang," katanya menerusi kenyataan semalam.
Kontinjen negara yang berlepas dengan sasaran tiga pingat ke temasya itu yang berlangsung dari 28 Julai hingga 7 Ogos dengan penyertaan 120 negara, berjaya membawa pulang sebutir emas, satu perak dan lima gangsa.
Atlet wushu Tammy Tan Hui Ling melakar sejarah apabila menyumbangkan emas yang dinanti-nantikan sejak penyertaan pertama Malaysia di edisi 1985 di Kobe, Jepun, menerusi acara Qiangshu wanita, manakala gandingan dua penerjun muda negara Kimberly Bong Qian Ping-Ong Ker Ying meraih perak acara 3 meter papan anjal seirama wanita.
Wushu terus menampilkan aksi baik dengan menyumbang gangsa menerusi Mandy Cebelle Chen (Tajiquan wanita), Calvin Lee Wai Leong (Nangun lelaki) dan Ang Qi Yue (Daoshu lelaki), manakala kem badminton pula membawa pulang gangsa acara berpasukan campuran dan beregu lelaki.
Tuan rumah China mempamerkan dominasi besar untuk muncul juara keseluruhan dengan menyapu 103 pingat emas, diikuti Jepun (21 pingat emas) dan Korea Selatan (17 pingat emas).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 08 2023
Kontinjen negara yang berlepas dengan sasaran tiga pingat ke Universiade yang berlangsung dari 28 Julai hingga 7 Ogos di Chengdu, China, berjaya membawa pulang sebutir emas, satu perak dan lima gangsa.
Dua cedera ambulans jatuh gaung
Dua individu cedera apabila sebuah ambulans terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi enam meter di Simpang Tiga Sungai Lui Jalan Sungai Lalang.
Konsulat Malaysia rancang program PKS di Pontianak
Program itu termasuk pameran, seminar dan dialog dijangka akan diadakan pada bulan Julai atau Ogos tahun ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak dinasihat elak provokasi, 3R - Saifuddin Nasution
Semua pihak diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang unsur provokasi termasuk memainkan isu 3R sepanjang PKR Kuala Kubu Baharu.
AWANI Ringkas: DAP sukar raih undi Melayu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak diingat tidak sentuh 3R - Fahmi
Semua pihak diingatkan untuk berhati-hati dan tidak memainkan isu kaum, agama dan institusi raja (3R), terutama di platform media sosial, sepanjang tempoh berkempen PRK KKB.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Polis cari tiga individu simbah cat merah di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan melemparkan cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok Khamis lalu.
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Tiada tepung mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi Benzoil Peroksida melebihi paras yang dibenarkan.
Raih emas pertama Malaysia di Universiade, Tammy terima insentif KPT
Atlet wushu Tammy Tan Hui Ling hari ini menerima insentif tertinggi daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berjumlah RM15,000.
Russel dan Muhammad Aqil dilarang bertanding dalam acara 200m di Universiade
Russel, pemegang rekod 200m negara, beralih ke media sosial Facebook untuk memohon maaf kepada keluarga, rakan-rakan dan peminatnya.