KUALA LUMPUR: Pendaftaran bagi Malaysia Esports Championship 2023/2024 (MEC23/24) yang menawarkan hadiah terkumpul RM250,000 kini dibuka hingga 5 Jan depan.
Kejohanan anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Esports Integrated (ESI) yang dibangunkan selaras dengan Rancangan Pembangunan E-sukan KBS 2020-2025 itu akan menampilkan lima permainan yang terdiri daripada Player Unknown's Battleground (PUBG) Mobile, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), Dota 2, Tekken 7 dan Gran Turismo 7.
ESI dalam kenyataan berkata PUBG Mobile dan MLBB akan mengetengahkan pasukan e-sukan profesional yang telah menempah tempat untuk bertanding dalam MEC23/24 berdasarkan kejuaraan masing-masing.
"Dalam kategori PUBG Mobile, juara Malaysia Esports League 2023 dan MyLadies Championship 2022 dijemput untuk bertanding di peringkat playoff bersama 30 pasukan lain daripada kelayakan terbuka.
"Sementara itu dalam kategori MLBB, juara Malaysia Esports League 2023, MyLadies Championship 2022, Esports State League (ESTL) dan 2023 Johor All Star Esports dijemput untuk bertanding di peringkat playoff dengan empat pasukan lain daripada kelayakan terbuka," menurut kenyataan itu.
Bagi Dota 2 dan MLBB, kelayakan terbuka akan berlangsung secara dalam talian pada 15-20 Jan ini, diikuti dengan playoff dan final utama dari 2 hingga 4 Feb, manakala bagi PUBG Mobile, kelayakan terbuka dijadualkan berlangsung 15-20 Jan, diikuti dengan playoff dan final utama 26-28 (secara fizikal).
Bagi Tekken 7 dan Gran Turismo 7, kejohanan terbuka, playoff dan final utama dijadualkan berlangsung 26 hingga 28 Jan secara fizikal.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 27 2023
Pendaftaran bagi Malaysia Esports Championship 2023/2024 (MEC23/24) yang menawarkan hadiah terkumpul RM250,000 kini dibuka hingga 5 Jan depan. - Gambar hiasan
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Pusingan konflik Palestin-Israel yang bermula pada Oktober 2023 telah meninggalkan kira-kira 37 juta tan serpihan runtuhan di Semenanjung Gaza.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
World Central Kitchen (WCK) menyambung semula operasi di Semenanjung Gaza, pada Isnin.
Protes di universiti A.S tidak tunjuk tanda perlahan
Protes di universiti Amerika Syarikat tidak menunjukkan tanda perlahan pada hujung minggu dengan lebih banyak tangkapan di kampus dan pertempuran singkat antara penunjuk perasaan pro-Israel dan pro-Palestin di UCLA California.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Nahas skuter elektrik meningkat di Jepun selepas peraturan dilonggar
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik dicatatkan dan mengakibatkan 86 kecederaan.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Pendaftaran bagi Malaysia Esports Championship dibuka hingga 5 Jan
Pendaftaran bagi Malaysia Esports Championship 2023/2024 (MEC23/24) yang menawarkan hadiah terkumpul RM250,000 kini dibuka hingga 5 Jan depan.
Final MEC: 22 pasukan berentap rebut RM100,000
Perlawanan tersebut akan berlangsung secara dalam talian dan 'offline' di pusat beli-belah KL Gateway pada Sabtu dan Ahad ini.