awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penerjun muda mampu dominasi emas sukan terjun - Nur Dhabitah

Bernama
Bernama
13/01/2023
07:59 MYT
Penerjun muda mampu dominasi emas sukan terjun - Nur Dhabitah
Nur Dhabitah Sabri menyifatkan penampilan penerjun muda di temasya Sukan SEA Kemboja 2023 tidak akan merencatkan usaha bagi menghadiahkan emas buat negara. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Atlet terjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri menyifatkan penampilan penerjun muda di temasya Sukan SEA Kemboja 2023 tidak akan merencatkan usaha bagi menghadiahkan emas buat negara.
Sebaliknya, beliau optimis dengan ketiadaan atlet elit termasuk dirinya di temasya itu, atlet muda terjun negara dilihat berupaya menggalas tugas berkenaan sekali gus meneruskan kesinambungan dominasi pingat emas sukan itu sejak edisi 2005.
"Mereka perlu fokus, berlatih dengan kuat, berdisiplin dan cuba untuk tidak fikir terlalu banyak soal itu.
"Apa yang paling penting mereka perlu berlatih bersungguh-sungguh. Kalau ia dapat dilakukan sudah pasti pingat itu akan menjadi milik mereka," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Olimpian negara itu mengulas mengenai ketetapan Persekutuan Renang Malaysia (MS) yang mempertaruhkan barisan penerjun muda bagi menggalas cabaran negara di Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja pada Mei ini, sebagai langkah memberi pendedahan kepada mereka di peringkat antarabangsa.
Sementara itu, Nur Dhabitah berkata, berikutan ketiadaan beliau di temasya dwitahunan itu menyaksikan tumpuannya kini beralih kepada penampilan ke Kejohanan Dunia 2023 di Fukuoka, Jepun pada Julai dan Sukan Asia ke-19 di Hangzhou, China pada September.
"Selain kejohanan itu tadi, sudah pasti saya mahu memburu slot ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024," katanya.
Sepanjang penyertaan beberapa edisi temasya Sukan SEA yang lepas, Nur Dhabitah cemerlang menyumbang lima pingat emas buat negara.
Beliau turut menjadi watak penting kem terjun negara yang terus menjadi kuasa besar di rantau Asia Tenggara apabila muncul juara keseluruhan dengan kutipan lapan pingat emas, tiga perak dan satu gangsa pada Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam, Mei 2022. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan SEA
#penerjun muda
#Nur Dhabitah Sabri
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan