awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu
Bergaduh: Tiga sekeluarga, seorang artis Singapura didakwa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penerjun negara, Jun Hoong tarik diri

Astro Arena
Astro Arena
19/07/2015
01:57 MYT
Penerjun negara, Jun Hoong tarik diri
Jun Hoong mengalami kecederaan ketika menjalani latihan di China dan terpaksa direhatkan daripada Kejohanan yang berlangsung di Russia, hari ini. - Foto Astro ARENA
Penerjun negara, Cheong Jun Hoong menarik diri daripada kejohanan dunia di Kazan, Russia, ekoran kecederaan tumit yang memaksa ketua jurulatih, Yang Zhuliang melakukan rombakan besar.Jun Hoong mengalami kecederaan ketika menjalani latihan di China dan terpaksa direhatkan daripada Kejohanan yang berlangsung di Russia, hari ini.
Ketiadaan Jun Hoong menyaksikan Zhuliang terpaksa melakukan rombakan terhadap dua acara harapan pingat.
Penerjun muda, Nur Dhabitah Sabri yang dipilih menggantikan Jun Hoong akan digandingkan bersama Wendy Ng Yan Yee dalam acara 3 meter papan anjal terjun seirama.
Ratu terjun negara, Pandelela Rinong pula kembali bergandingan bersama Leong Mun Yee dalam 10-meter platform terjun seirama.
Gandingan dua penerjun terbaik Malaysia merupakan penyumbang pingat di Kejohanan Dunia edisi yang lepas.
"Kecederaan tidak dapat dielak di dalam mana-mana sukan," kata Zhuliang.
"Untuk Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik, kombinasi pasangan untuk terjunan seirama boleh ditukar dan saya rasa skuad terjun masih lagi mampu membawa pulang kejayaan nanti."
Tumpuan buat Dhabitah kerana bakal buat penampilan sulung kejohanan dunia.
Topic Berkaitan
#Cheong Jun Hoong
#KazanRussia
#Yang Zhuliang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan