PENGADIL perlawanan di saingan bola sepak La Liga Sepanyol menghasilkan pendapatan hampir RM20,000 dalam mengadili sesebuah perlawanan, menjadikan jumlah pendapatan mereka mencecah hampir RM1 juta setahun.

Malah elaun tambahan juga menanti mereka sekiranya mengendalikan Video Bantuan Pengadil (VAR), membuat keputusan yang tepat dalam sesebuah perlawanan dengan menjadikan pengadil perlawanan La Liga antara pengadil yang mendapat bayaran kadar upah tertinggi.

Pendapatan lumayan turut diraih sekiranya mengadili perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dengan bayaran tambahan mencecah RM30,000 bagi setiap perlawanan.



Dengan mutu pengadil bola sepak yang berkualiti semestinya akan menjadikan perlawanan bola sepak lebih produktif.

*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro