Pengalaman bantu Jin Wei mara ke akhir Masters Thailand

Berada pada ranking ke-68 dunia, Jin Wei mengakui tidak menjangkakan kemenangan kerana keletihan selepas perlawanan sebelum itu selain banyak melakukan kesilapan. - Gambar fail/Stadium ASTRO
BANGKOK: Pemain perseorangan wanita profesional Malaysia Goh Jin Wei melangkah ke pusingan akhir kejohanan badminton Masters Thailand 2026 selepas menewaskan rakan senegara Wong Ling Ching di Stadium Nimibutr, di sini hari ini.
Ringkasan AI
- Goh Jin Wei melangkah ke pusingan akhir kejohanan badminton Masters Thailand 2026 selepas kalahkan Wong Ling Ching dalam pertembungan sengit selama 57 minit.
- Meskipun berada di ranking ke-68 dunia, Jin Wei akui tidak jangkakan kemenangan disebabkan keletihan dan kesilapan yang banyak, tetapi berazam untuk beraksi terbaik dalam final.
- Jin Wei akan berhadapan dengan Devika Sihag dari India dalam perlawanan akhir selepas Sihag mengejutkan dengan menewaskan pemain Taiwan, Huang Yu Hsun.
"Ia pertandingan yang sangat sengit hari ini. Ling Ching mengawal sebahagian besar permainan tetapi saya bernasib baik dapat melepasinya sebagai pemenang," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas perlawanan di sini.
Meskipun lebam pada ibu jari kanan, Jin Wei berkata beliau akan memberikan aksi terbaik pada final esok.
Katanya beliau tidak meletakkan sasaran tertentu untuk kejohanan itu dan sebaliknya memilih untuk fokus pada melakukan yang terbaik dan mencapai keputusan sebaik mungkin.
Dalam perlawanan akhir perseorangan wanita esok, atlet kelahiran Pulau Pinang itu akan berdepan pemain nombor 63 dunia Devika Sihag dari India, yang membuat kejutan menewaskan pemain Taiwan, Huang Yu Hsun (ranking ke-35) 22-20, 21-13.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


