awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kelantan kumpul 88.22 peratus hasil negeri, rangka strategi perkukuh kewangan
Selangor tolak permohonan bina eskalator di Gua Batu Caves atas nama individu - Exco
Fasa pertama Banci Ekonomi 2026 fokus sektor informal, termasuk peniaga dalam talian - DOSM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengarah Urusan TRW lepas jawatan

Bernama
Bernama
21/05/2020
14:23 MYT
Pengarah Urusan TRW lepas jawatan
Wan Rakemi lepaskan jawatan itu selaku entiti yang bertanggungjawab mengendalikan pasukan Kelantan FA musim 2020. - Sinar Harian
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) terus ditimpa episod malang apabila Pengarah Urusan Team Red Warriors (TRW) Sdn Bhd Datuk Wan Rakemi Wan Zahari melepaskan jawatan itu berkuat kuasa Khamis.
Wan Rakemi berkata keputusan itu dibuat selepas penelitian secara mendalam dengan berat hati untuk melepaskan jawatan itu selaku entiti yang bertanggungjawab mengendalikan pasukan Kelantan FA musim 2020.
"Peletakan jawatan itu juga secara tidak langsung menyaksikan syarikat After Image Sdn Bhd sebagai pihak berkepentingan terbesar dalam Team TRW Sdn. Bhd turut menarik diri sebagai rakan kongsi rasmi pasukan.
"Keputusan ini bukanlah dibuat secara 'semberono'. Ia dibuat dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk perkembangan terkini keadaan dunia terutamanya penularan wabak pandemik COVID-19," katanya dalam satu kenyataan media di sini.
Musim ini, pasukan Kelantan TRW diuruskan oleh syarikat terbabit yang ditubuhkan hasil daripada kerjasama dengan KAFA.
Wan Rakemi berkata beliau mengakui COVID-19 telah memberikan impak besar kepada dunia bukan sahaja kepada kehidupan harian malah ekonomi dan sukan bola sepak sendiri.
"Kelantan dan TRW bergantung sepenuhnya kepada kutipan jualan tiket, jualan jersi dan tajaan untuk menggerakkan pasukan, namun sejak saingan Liga Malaysia (Liga M) ditangguhkan, kantung kewangan pasukan makin 'kering'.
"Bukan sahaja kering, malah masih banyak lagi hutang lama pasukan yang belum diselesaikan dan situasi itu membuatkan After Image sudah tidak mampu untuk menggalas tanggungjawab itu dalam keadaan suasana tidak menentu dan aliran tunai sangat kritikal ketika ini," katanya.
Katanya, pada masa yang sama, beliau juga ingin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Exco Eksekutif KAFA penggal 2019-2023, Bendahari dan Pengurus Pasukan TRW2020.
"Hasrat dan impian untuk melihat TRW2020 kembali gemilang seperti sebelum ini terpaksa ditangguhkan, dan saya berharap ianya akan dapat diteruskan.
"Saya pohon kemaafaan kepada semua penyokong setia TRW. Terima kasih juga kepada barisan kepimpinan KAFA dan semua yang terlibat dalam memajukan pasukan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#KAFA
#Kelantan
#Malaysia
#sukan
#Team Red Warriors
#TRW
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan