awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penggantungan TMJ satu hukuman minima?

Fadzrie Hazis
Fadzrie Hazis
08/03/2013
14:40 MYT
Penggantungan TMJ satu hukuman minima?
Sekadar hukuman minima, itulah yang dapat ditafsirkan mengenai hukuman Jawatankuasa Tatatertib FAM terhadap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Baginda dikenakan dua pertuduhan mengikut Artikel 88 Statut FAM, selepas melemparkan kritikan terhadap tahap pengadilan yang dipaparkan dalam beberapa akhbar arus perdana pada 20 Februari lalu. Kesalahan pertama Tunku Ismail ialah mengeluarkan kenyataan mengenai FAM tanpa kebenaran dan baginda, dihukum gantung selama enam bulan daripada segala aktiviti bola sepak serta denda sebanyak RM8,000. Kesalahan kedua adalah mengkritik FAM dan baginda didenda sebanyak RM10,000. Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Razak, menjelaskan mengapa Tunku Ismail tidak menerima hukuman yang lebih berat. "Tan Sri Annuar Musa digantung dua setengah tahun atas dua pertuduhan. Dia adalah Timbalan Presiden FAM, orang kanan dan turut memegang jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi dalam Jawatankuasa lain di FAM. "Jika dia melakukan kesalahan sudah tentu hukumannya lebih tinggi," kata Taufik ketika sidang media di Wisma FAM pada Jumaat. Tambah Taufik,Tunku Ismail mengaku bersalah terhadap kesalahannya dan memohon maaf kepada FAM. Selain hukuman terhadap Tunku Ismail, Jawatankuasa Tatatertib turut menjatuhkan hukuman kepada pengurusan Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim, J-D-T. Harimau Selatan dikenakan hukuman denda berjumlah RM 30,000 di atas dua kesalahan. Kesalahan pertama adalah nyalaan "flare" oleh peminat skuad D-T ketika aksi Liga Super berdepan Negeri Sembilan di Larkin, 3 Mac lalu. Tindakan itu menyebabkan perlawanan tergendala selama tiga minit dan D-T didenda RM10,000 atas kesalahan ini. Kesalahan kedua adalah berkisar terhadap tahap keselamatan yang lemah pada perlawanan itu dan D-T didenda, RM20,000. Kesemua hukuman terhadap Tunku Ismail dan pengurusan skuad D-T adalah hukuman minima dan ia tidak boleh dirayu.
Topic Berkaitan
#Jawatankuasa Tatatertib FAM
#Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan