BEKAS juara dunia Formula 1, Jacques Villeneuve percaya pelumba generasi kini tidak menghormati antara satu sama lain di samping mengkritik penggunaan teknologi telah memberi impak negatif terhadap sukan itu.
Villeneuve muncul juara dunia pada tahun 1997 ketika bersama Williams dan selepas 20 tahun kemudian, dia percaya penggunaan teknologi seperti DRS (Drag Reduction System) telah menyebabkan aksi memintas tidak lagi sehebat dulu.
"Saya mula rasa sudah tua kerana saya tidak lagi memahami penggunaan teknologi di F1," katanya ketika di Autosport International. "Ia sepatutnya menjadi perlumbaan yang pantas, membahayakan, dan mahal tetapi itu bukan lagi apa yang berlaku kini.
]
"Segalanya menjadi masalah apabila F1 terlalu mengikut kata peminat -- kamu mungkin tidak gemar dengan kenyataan ini tetapi inilah dia -- kerana peminat F1 sering kali mengadu bahawa kurangnya aksi memintas dan untuk itu terhasilnya DRS.
"Kini hampir 100 adegan memintas berlaku dalam setiap perlumbaan.
"Setiap kali memasuki keadaan litar lurus, tekan butang, pintas dan itu sahaja.
"Walaupun pada awalnya peraturan ini adalah untuk merancakkan lagi sukan F1 tetapi hakikatnya ia hanya menghancurkan sahaja," katanya.
Astro Arena
Mon Jan 16 2017

VILLENEUVE: Setiap kali memasuki keadaan litar lurus, tekan butang, pintas dan itu sahaja. - Foto Facebook Jacques Villeneuve

Penjaja, peniaga harap kerajaan Johor pertimbang bantuan insentif
Persatuan Penjaja, Peniaga dan Pengusaha Industri Kecil Melayu Johor Bahru, memohon kerajaan negeri mempertimbangkan pemberian bantuan insentif 'one-off' kepada lebih ramai peniaga di negeri itu.

PPS polis buat pemantauan di sekolah
Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) PDRM akan sentiasa memantau sekolah menengah yang mula dibuka semalam bagi memastikan pematuhan SOP ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

COVID-19: Tiga rakyat Malaysia antara kes tempatan baharu di Singapura
Tiga rakyat Malaysia merupakan antara empat kes baharu jangkitan tempatan COVID-19 dilaporkan di Singapura, menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH).

Majlis angkat sumpah Joe Biden, Presiden Amerika Syarikat ke-46
Calon Demokrat, Joe Biden sah ditabalkan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46 di Capitol Hill, Washington DC, pada Khamis. Biden mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat John Roberts pada pukul 12.49 pagi (11.49 pagi hari Rabu waktu Washington).

Naib Presiden AS | Kamala Harris angkat sumpah jawatan Naib Presiden
Terdahulu Kamala Harris turut mengangkat sumpah jawatan Naib Presiden Amerika Syarikat yang baharu. Beliau sekali gus menjadi wanita pertama menjawat jawatan itu. Harris, 56 tahun, diisytiharkan sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat yang baharu untuk bergandingan dengan Presiden Joe Biden. Ia selepas Pennsylvania dan Nevada menjadi pelengkap kejayaan parti Demokrat pada Pilihan Raya Presiden November lalu.

Presiden AS | Parodi hari terakhir Trump
Hos James Corden tampil dengan video parodi terbaru, kali ini tentang hari terakhir Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat. Kali ini Cordon mendapat inspirasi dari teater Les Miserables.

Hubungan Serantau | Legasi Asia-AS akan lebih dinamik
Amerika Syarikat mengulangi pendiriannya bahawa ekonomi negara rantau Asia memainkan peranan yang amat penting buat negara Uncle Sam itu. Dengan matlamat yang dibawa oleh Presiden baharu Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, hal-hal melibatkan hubungan dagang, pelaburan akan terus diperhalusi demi kemakmuran sejagat.

'Saya berjanji akan jadi presiden untuk semua rakyat Amerika' - Joe Biden
Namun, perkara itu bukan sindiran kepada Trump, sebaliknya bagi menghormati lafaz sumpah yang dibuat oleh Presiden AS sebelum ini.

Presiden AS | Joe Biden Presiden Amerika Syarikat ke-46
Joe Biden sah ditabalkan sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-46 di Capitol Hill, Washington DC. Upacara mengangkat sumpah jawatan itu dilakukan di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat.

"Sedia berkhidmat" - kenyataan pertama Kamala Harris di Twitter sebagai Naib Presiden AS
Naib Presiden AS, Kamala Harris mengeluarkan kenyataan pertamanya menerusi akaun Twitter rasmi @VP sebaik selesai mengangkat sumpah.

Penggunaan teknologi rosakkan imej F1 - Villeneuve
Jacques Villeneuve percaya penggunaan teknologi seperti DRS (Drag Reduction System) telah menyebabkan aksi memintas tidak lagi sehebat dulu.