awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengurusan tanah rumah ibadat di bawah bidang kuasa kerajaan negeri - Aaron
Bunuh ibu tunggal: Tiga lelaki direman tujuh hari
PokéPark Kanto buka tirai di Tokyo, Pokémon ‘hidup’ dalam dunia sebenar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjaga gol JDT II mengaku tidak bersalah aibkan PDRM

Astro Awani
Astro Awani
14/04/2015
10:06 MYT
Penjaga gol JDT II mengaku tidak bersalah aibkan PDRM
Mohd Anis didakwa melakukan perbuatan itu di Stadium Bandaraya George Town, pada 3 April lalu kira-kira jam pada 10.50 malam. - Foto sumber Facebook Anis Faron Fan Club
Penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT II), Mohd Anis Faron Ahmad, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret George Town atas tuduhan mengaibkan kehormatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 3 April lalu.
Tertuduh yang berusia 32 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim L. Umma Devi.
Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Anis didakwa menyebut kata-kata kesat dengan maksud supaya didengari anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan PDRM yang bertugas dengan tujuan mengaibkan pihak berkuasa itu.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Stadium Bandaraya George Town, pada 3 April lalu kira-kira jam pada 10.50 malam.
Tertuduh boleh didakwa dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara lima tahun dan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Noor Azura Zulkiflee manakala tertuduh diwakili peguam Andy Ooi.
Hakim kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Dalam kejadian 3 April lalu, Mohd Anis ditahan polis selepas tamat perlawanan membabitkan pasukan JDT II dengan tuan rumah di Stadium Bandaraya George Town selepas mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pasukan keselamatan yang sedang bertugas.
Topic Berkaitan
#AIB
#FRU
#JDT
#mahkamah
#mohd anis faron ahmad
#PDRM
#penjaga gol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan