awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyerang Perancis, Antoine Griezmann umum persaraan daripada bola sepak antarabangsa

Bernama
Bernama
01/10/2024
00:30 MYT
Penyerang Perancis, Antoine Griezmann umum persaraan daripada bola sepak antarabangsa
Perancis mengucapkan terima kasih kepada Griezmann atas "dedikasi dan kesetiaannya" selama ini. - Foto REUTERS
ANKARA: Penyerang Perancis Antoine Griezmann mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.
"Hari ini, dengan emosi yang mendalam, saya mengumumkan persaraan saya sebagai pemain untuk pasukan Perancis," kata Griezmann daripada Atletico Madrid dalam satu video di X.
"Selepas 10 tahun yang luar biasa, penuh dengan cabaran, kejayaan dan detik-detik yang tidak dapat dilupakan, kini tiba masanya untuk saya membuka lembaran baharu dan memberi ruang kepada generasi baharu," kata pemain berusia 33 tahun itu sambil menambah bahawa ia merupakan "satu penghormatan dan keistimewaan" untuk memakai jersi Perancis.
"Dari Mac 2014 hingga September lepas, saya berpeluang mengalami detik-detik luar biasa bersama rakan sepasukan yang hebat," katanya dan mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukannya atas "kenangan berharga" yang dimiliki bersama pasukan kebangsaan Perancis.
Beliau turut berterima kasih kepada peminat Perancis, staf pasukan kebangsaan serta Ketua Jurulatih Perancis, Didier Deschamps.
Penyerang berpengalaman itu membuat penampilan pertama bersama Perancis pada era Deschamps ketika Griezmann membantu Les Bleus memenangi Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia.
Skuad Deschamps menewaskan Croatia 4-2 pada perlawanan akhir di Moscow untuk dinobatkan sebagai juara dunia.
Griezmann, bekas penyerang Real Sociedad dan Barcelona, menjaringkan 44 gol dalam 137 perlawanan untuk Perancis.
Beliau menjaringkan enam gol untuk menjadi penjaring terbanyak EURO 2016 tetapi tuan rumah Perancis terpaksa berpuas hati sebagai naib juara selepas tewas kepada Portugal dalam perlawanan akhir.
Griezmann turut beraksi di Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar. Namun, Argentina yang dipimpin Lionel Messi menewaskan Perancis menerusi sepakan penalti untuk merangkul gelaran dunia.
Perancis mengucapkan terima kasih kepada Griezmann atas "dedikasi dan kesetiaannya" selama ini.
"... Terima kasih atas semangat, terima kasih atas kenangan Antoine Griezmann," kata pasukan kebangsaan Perancis di X.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#penyerang perancis
#Antoine Griezmann
#Griezmann bersara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan