KUALA LUMPUR: Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau pasukan yang melanggar protokol gelembung sukan sepanjang Kejohanan TNB Liga Hoki Malaysia (TNBMHL) 2021 berlangsung.
Presidennya, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, tindakan membatalkan penyertaan pasukan mungkin boleh dipertimbangkan jika prosedur operasi standard (SOP) tidak dipatuhi.
“Kita melihat perkara ini cukup serius, jika ada mana-mana individu yang melanggar peraturan maka, ia akan menggugat atau menganggu perjalanan liga dan mungkin liga boleh dibatalkan.
“Jadi, kita tidak boleh biarkan perkara ini berlaku. Sebab itu kita maklum kepada Pengerusi Jawatankuasa pertandingan dan setiausaha supaya maklumkan kepada semua pasukan yang mengambil bahagian khususnya pengurus, bahawa kita tidak bertoleransi dengan mana-mana pemain atau pegawai yang sambil lewa perkara ini.
“Kita amat tegas berhubung perkara ini, dan mungkin pasukan (yang melanggar) akan dibatalkan (penyertaan mereka). Namun, perkara ini masih terlalu awal,” katanya dalam sidang media ketika mengumumkan Hotel Pullman Kuala Lumpur sebagai penginapan rasmi bagi penganjuran gelembung Kejohanan TNBMHL 2021 di sini, hari ini.
Jelas beliau, persediaan KHM dan pasukan teknikal bagi mengadakan kejohanan gelembung sukan berada pada tahap yang memuaskan termasuk pasukan perubatan.
KHM juga katanya telah merangka pelbagai pelan strategi penganjuran kejohanan dalam norma baharu susulan penularan pandemik COVID-19.
“Dalam hal ini, jangan bimbang kami telah membuat persiapan rapi.
“Macam saya kata, kita mahu menjadi persatuan contoh, kita nak buat bukan sahaja liga ini berjaya, tetapi kita mahu jadikan ia dalam keadaan yang cukup luar biasa dalam gelembung sukan,” tambah beliau.
Dalam pada itu, Subahan memaklumkan para pemain dan pegawai juga akan menjalani ujian saringan COVID-19 secara berkala sepanjang berkampung di penginapan rasmi di Hotel Pullman Kuala Lumpur.
Katanya, jadual perjalanan pasukan ke lokasi latihan dan pertandingan juga telah diatur bagi mengelakkan pertembungan antara satu-satu pasukan.
“Apabila mereka masuk (ke penginapan), mereka tidak dibenarkan keluar daripada penginapan. Semua duduk (di bilik masing-masing) dan kemudian keluar untuk perlawanan dan sebagainya.
“Malah, pemandu bas juga termasuk dalam gelembung sukan. Selepas mereka selesai pertandingan, mereka balik ke hotel dan pintu masuk serta lift khas disediakan untuk mengelakkan bercampur dengan orang luar,” jelasnya lagi.
BACA: Liga Hoki Malaysia: Tiga pemain THT perlu kemuka surat pengesahan bebas COVID-19
Terdahulu, Subahan memaklumkan TNB MHL 2021 akan memulakan saingan pada 11 Mac ini.
Sebanyak lapan pasukan lelaki dan enam pasukan wanita dijadual menyertai kejohanan tersebut, dimana acara final bagi kedua-dua kategori akan berjalan serentak pada 3 April.
Hasimi Muhamad
Tue Mar 02 2021

Sebanyak lapan pasukan lelaki dan enam pasukan wanita dijadual menyertai kejohanan tersebut, di mana acara final bagi kedua-dua kategori akan berjalan serentak pada 3 April. - Gambar fail/BERNAMA

Ketetapan sokong PN, Muhyiddin pada Perhimpunan Agung MIC
Perhimpunan Agung Tahunan MIC Ke-74 yang baru diadakan di Bandar Diraja Kelang kali ini dianggap panas dan cukup mengejutkan pemimpin UMNO.

Kuasa lancar laman web pantau 20 kerusi Parlimen
Laman web untuk memantau 20 kerusi pada PRU15 akan membantu pengundi mengetahui maklumat calon dipilih berdasarkan sumber parti.

AWANI Ringkas: R-Naught meningkat semula | Bapa terlepas pegang, anak maut dilanggar kereta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![[TERKINI] Penggunaan dan capaian ICT individu, isi rumah 2020 meningkat ketara [TERKINI] Penggunaan dan capaian ICT individu, isi rumah 2020 meningkat ketara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1899416/6271740431618204425509_640x360.jpg)
[TERKINI] Penggunaan dan capaian ICT individu, isi rumah 2020 meningkat ketara

Budak 3 Tahun Maut | Dilanggar kereta selepas lari ke tengah jalan
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di Kampung Wa, Dungun, Terengganu pada Ahad. Kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu berlaku selepas bapa kanak-kanak itu terlepas pegangan tangan menyebabkan kanak-kanak itu lari ke tengah jalan sebelum dilanggar sebuah kereta.

Audio Tular | Tun Faisal ajak Zahid bersumpah; bersih nama
Bekas Timbalan Ketua UMNO bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mengajak Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk bersumpah bagi membersihkan nama masing-masing. Kedua-dua individu itu terpalit dengan dakwaan terlibat dalam penularan audio perbualan antara Ahmad Zahid dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ramadan | Warga emas kirim sahaja makanan di bazar
Golongan warga emas dinasihat hanya mengirim sahaja makanan kepada individu dewasa dan muda jika bercadang membeli makanan di bazar Ramadan, kata Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Profesor Madya Dr Malina Osman.

Istana Kehakiman | Prosiding rayuan Najib Razak masuk minggu kedua
Perkembangan perbicaraan rayuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke atas hukuman yang disabitkan ke atas beliau berhubung dana 42 juta ringgit. Ahli Parlimen Pekan itu, tiba di perkarangan Istana Kehakiman, kira-kira pukul 8.50 pagi tadi, diiring pegawai dan pembantu peribadi beliau, untuk berdepan prosiding itu yang masuk minggu ke dua hari ini. Butiran lanjut terus sahaja bersama rakan setugas Firdaus Azil di Putrajaya.

395,891 individu lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam - Dr Adham
Bagi tempoh sama 583,903 telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara kini adalah 979,794.

PM lancar Perkhidmatan Awan dan Keselamatan Siber TM
Perkhidmatan Awan dan Keselamatan Siber TM merupakan Rangka Tindakan (Blueprint) ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) menerusi penyedia perkhidmatan terurus TM.

Warga emas kirim sahaja makanan di bazar Ramadan - Pakar kesihatan
Dr Malina berpandangan, bazar Ramadan dan solat tarawih tidak begitu menyumbang kepada potensi kenaikan kes seperti yang disaksikan sebelum ini.

Segerakan pemilihan Presiden UMNO selepas darurat tamat - Ketua Bahagian Seremban
UMNO wajar memilih presiden baharu pada pemilihan yang perlu dibuat segera selepas Proklamasi Darurat yang diisytiharkan sehingga 1 Ogos ini tamat.

208 ditahan kerana ingkar SOP, ini lima tumpuan kenyataan Ismail Sabri
Lapan lokaliti di Tawau, Sabah dikenakankan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 12 April ini.

65 bazar Ramadan bakal beroperasi di sekitar KL - DBKL
Pengunjung bazar Ramadan diwajibkan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Anak 'Made in Malaysia' jadi kenangan terindah warga Rusia
Anak yang dilahirkan di Kuala Lumpur enam bulan lalu menyebabkan warga Rusia, Maxim Salnikov sentiasa mengingati Malaysia dan menjadikannya sebagai kenangan terindah.

Semua bazar Ramadan dan Aidilfitri di Kelantan dibatalkan - Exco
Kelantan telah merekodkan 171 kes baharu COVID-19, dan satu kluster baharu dicatatkan, iaitu Kluster Bandar Baru Kubang Kerian

Sabah beri amaran tindakan tegas terhadap pelanggaran SOP majlis sosial
Masidi Manjun berkata peringatan serta amaran tindakan tegas itu susulan situasi semasa COVID-19 di Sabah yang menunjukkan peningkatan.

Langgar SOP: KBS dapatkan penjelasan penganjur, SIC dan Pesuruhjaya Sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan pertemuan bersama pihak penganjur sukan permotoran, pengurusan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) serta Pesuruhjaya Sukan minggu hadapan.

78 individu ingkar SOP ditahan, ini lima perkara penting kenyataan Ismail Sabri
Seramai 78 individu ditahan kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) PKPB dan PKPP di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu.

Kerajaan umum PKP di Lahad Datu, Sabah esok - Ismail Sabri
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di Lahad Datu, Sabah berkuatkuasa 11 sehingga 24 April 2021.