awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyingkiran PSM kekal - ASTAF

Bernama
Bernama
07/06/2021
20:40 MYT
Penyingkiran PSM kekal - ASTAF
Abdul Halim berkata, PSM bukan sahaja memohon untuk penambahan tempoh merayu, namun juga telah membuat permohonan yang tidak sesuai, apabila ASTAF menerima surat daripada mereka pada Selasa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) kekal dengan keputusan mereka untuk menyingkirkan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) daripada menjadi ahli gabungan badan induk tersebut.
Presiden ASTAF Abdul Halim Kader dalam satu kenyataan semalam berkata, keputusan itu juga akan disampaikan kepada pihak berkuasa Malaysia untuk mengambil tindakan bersesuaian mengikut perundangan Malaysia.
"Mengikut situasi semasa dan tempoh untuk merayu yang telah tamat, maka keputusan untuk menyingkirkan PSM daripada ASTAF, kekal," katanya.
Abdul Halim turut menyatakan yang PSM bukan sahaja memohon untuk penambahan tempoh merayu, namun juga telah membuat permohonan yang tidak sesuai, apabila ASTAF menerima surat daripada mereka pada Selasa.
Beliau berkata ASTAF sebelum ini telah menghantarkan surat menerusi email kepada PSM pada 20 Mei, bagi menyampaikan keputusan ASTAF dan juga prosedur membuat rayuan.
"Mengikut perlembagaan ASTAF, PSM mempunyai 14 hari untuk merayu atas pertuduhan dan hukuman yang disabitkan.
"Permintaan ini, telah tidak dilayan, kerana ia tidak mengikut dengan perlembagaan ASTAF. Perlembagaan tidak boleh diubah dan hanya boleh diubah di Kongress ASTAF," katanya.
BACA: PJS tuntut ASTAF kemuka dokumen salah urus tadbir PSM
BACA: Masih tiada permohonan tubuh entiti ganti PSM - PJS
Abdul Halim berkata, keputusan itu yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Eksekutif ASTAF, telah dibuat selepas Jawatankuasa Displin (DC) mendapati PSM bersalah seperti didakwa, selepas mereka bersidang pada pada 20 Mei.
Ini membawa kepada penyingkiran PSM daripada menjadi ahli ASTAF serta merta, berikutan tindakan Datuk Seri Ahmad Ismail selaku timbalan presiden ASTAF yang menghantar surat yang memalukan persekutuan itu kepada Majlis Olimpik Asia dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada 24 Feb.
BACA: ASTAF tambah penggantungan Tok Mat
BACA: Tok Mat digantung 15 tahun, diberikan tempoh 14 hari untuk merayu
PSM juga didapati bersalah dalam melanggar perjanjian diberikan kepada Persektuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) dan ASTAF pada 14 Mac 2008, 'untuk menyokong ISTAF dan ASTAF dalam mewujudkan dan mengekalkan pentadbiran persekutuan itu yang cekap'.
Ahmad Ismail yang lebih dikenali sebagai 'Tok Mat', yang meletakkan jawatannya sebagai Presiden PSM Jumaat lepas, telah digantung daripada sebarang aktiviti sepak takraw selama 17 tahun bermula 6 Mei, oleh Jawatankuasa Displin ASTAF pada 5 Mei.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Astaf
#PSM
#gantung
#Ahmad Ismail
#Abdul Halim Kader
#pihak berkuasa
#ambil tindakan
#Jawatankuasa Displin
#PSM bersalah
#penyingkiran
#ahli ASTAF
#surat yang memalukan
#Majlis Olimpik Asia
#Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa
#Tok Mat
#letak jawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan