IPOH: XOX Bhd melalui anak syarikatnya, XOX Pro Sport Sdn Bhd telah menyelesaikan pengambilalihan Perak FC Sdn Bhd.
Dengan penyelesaian itu, bermakna Perak FC kini merupakan anak syarikat milik penuh XOX Bhd.
Menurut kenyataan XOX Berhad, pengambilalihan itu selaras dengan strategi XOX Pro Sport, untuk menumpukan fokus sepenuhnya pada pemasaran dan pengurusan sukan.
“Ianya memang misi XOX untuk melibat secara aktif dalam sukan, untuk memupuk bakat sukan akar umbi tempatan dan terus membina warisan kelab itu,” katanya hari ini.
Menurut kenyataan itu lagi, Lembaga Pengarah dan Eksekutif XOX akan menyerahkan tanggungjawab kepada pengurusan Perak FC untuk operasi harian, diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bobie Farid Shamuddin.
“XOX berharap ini akan mengembalikan kestabilan dan kejayaan untuk Perak FC.
“XOX akan memastikan bahawa secara kolektif, ia akan mendatangkan manfaat peluang dan perkongsian komersial serta membina ekosistem yang mantap untuk meningkatkan mutu rangkaian dan barangan penawarannya kepada orang ramai di Malaysia,” ujarnya.
XOX juga berharap dengan pengumuman ini, ia akan memberikan semua penyokong rasa kestabilan dan keselamatan, mengetahui bahawa kelab itu berada dalam tangan yang selamat.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Aug 26 2022

XOX Bhd melalui anak syarikatnya, XOX Pro Sport Sdn Bhd telah menyelesaikan pengambilalihan Perak FC Sdn Bhd.

3 terkorban dalam gempa bumi kuat di Iran
Media turut melaporkan salji tebal di beberapa kawasan terjejas, dengan suhu sejuk serta gangguan bekalan elektrik memburukkan lagi keadaan.

Penjenayah bertopeng diburu kes samun di Banting
Empat suspek terbabit memasuki rumah mangsa dengan cara memanjat pagar sebelum merompak mangsa.

Selangor FC terbang ke Bangkok lawan kelab Thailand
Skuad Gergasi Merah akan terbang ke negara jiran itu dalam siri jelajah pramusim bermula 5 hingga 10 Februari depan.

AR Rahman tampil dengan konsert memukau di Stadium Nasional Bukit Jalil
Penyanyi itu memukau penonton dengan lagu hitnya yang dihasilkannya untuk filem Slumdog Millionaire, yakni 'Jai Ho' dan 'Oh Sayo'.

Pembersihan UMNO: Pemecatan ahli langgar disiplin parti perkara biasa - Ku Li
Menurutnya, amalan itu bukanlah sesuatu yang baharu kerana perkara itu turut berlaku dalam parti lain.

Amaran MetMalaysia | Amaran hujan sangat lebat di Pahang, Johor hingga Isnin
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang dan Johor sehingga esok. Metmalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan daerah yang terbabit di Pahang adalah Rompin, manakala Johor membabitkan Mersing dan Kota Tinggi.

Aksi tegang Levski Sofia-JDT, perlawanan ditamatkan awal
JDT berjaya mengejutkan pasukan lawan menerusi jaringan pemain import baharu mereka, Juan Muniz, pada minit ke-24.

Mustafa Centre dari Singapura bakal buka gedung pertama di Johor Bahru
Mustafa akan membeli 591 unit runcit yang tidak terjual di Capital City Mall daripada syarikat tersebut yang merupakan gabungan kawasan boleh sewa bersih seluas 641,216 kaki persegi.

Alami pengalaman menakjubkan di Astro Experience Store
Premis baharu itu menawarkan pelanggan pengalaman luar biasa dalam menerokai kepelbagaian produk dan perkhidmatan disediakan Astro.

Pembersihan UMNO: Jangan salahkan Presiden, itu keputusan Lembaga Disiplin - Saarani
Saarani berkata sebagai ahli perlu akur kepada perlembagaan dan peraturan parti bahawa mana-mana ahli yang membuat silap dan melanggar disiplin akan dikenakan tindakan.

Perak FC kini milik penuh XOX Berhad
XOX Bhd melalui anak syarikatnya, XOX Pro Sport Sdn Bhd telah menyelesaikan pengambilalihan Perak FC Sdn Bhd.