PEMILIK Perak, Datuk Seri Azim Zabidi, menjamin kelibat ketua jurulatih, Yusri Che Lah, akan tetap ditagih sekalipun satu pengumuman penting akan dibuat pasukan itu hari ini.
Tiga nama besar dikaitkan untuk memacu kelab Liga Perdana itu yang terdiri daripada bekas jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal, Tan Cheng Hoe, selain bekas Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Lim Teong Kim.
Begitupun, khidmat Yusri disifatkan sebagai satu aset oleh The Bos Gaurus.
"Insya-Allah dia masih ada tempat dalam Perak FC. Kami tidak akan lepaskannya begitu sahaja kerana dia telah berjasa dengan Perak khususnya ketika tempoh gelap dengan masalah gaji.
"Dia masih bertungkus-lumus mempersiapkan pasukan, kalah menang itu perkara kedua.
"Yang penting dia masih di situ (tidak angkat kaki)," katanya di Nadi Arena malam tadi.
Tambahnya, pengumuman itu membabitkan hampir keseluruhan pasukan dan teka-teki itu hanya akan terjawab dalam satu pengumuman.
"Perancangan kami meliputi pertukaran barisan kejurulatihan dan pemain-pemain.
"Kami telah pun melihat keperluan daripada pemain-pemain di barisan depan, tengah dan belakang.
"Saya tiada apa komen tentang perkara ini. Esok saya akan sebarkan dan huraikan dengan lebih terperinci tentang pertukaran ini," katanya lagi.
Astro Arena
Tue Sep 13 2022
Khidmat Yusri (gambar) disifatkan sebagai satu aset oleh The Bos Gaurus. Foto Perak Football Club
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Piala Malaysia: Yusri Che Lah mahu pemain kekalkan momentum
Yusri mengakui masih ada ruang yang perlu diperbaiki bagi memastikan Perak terus mara.
Pemain saya dahagakan kemenangan, bukan menang nasib - Yusri
Pengendali Perak FC tolak dakwaan kemenangan 1-0 pasukannya ke atas Kuala Lumpur (KL) City FC malam tadi adalah kerana nasib semata-mata.
Perak catat kemenangan pertama di laman sendiri, Sabah tumbang di Selayang
Perak FC menewaskan Kuala Lumpur (KL) City FC 1-0 di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi.
Pemain tiada keyakinan punca siri kekalahan - Yusri
Katanya, pemain termasuk tonggak import kerap melakukan kesilapan mudah yang memberi peluang kepada pihak lawan untuk menghasilkan jaringan.
Perak FC enggan terluka lagi di tangan TFC
Katanya, skuad kendalian Tomislav Steinbruckner itu telah mencipta enam jaringan selain hanya bolos sekali dalam tiga aksi Liga Super.
Perak tagih sentuhan penyerang import perkuat jentera serangan
Ia cabaran yang perlu dihadapi pemain import itu memandangkan tempoh yang ada untuk melakukan persediaan berbaki kurang tiga minggu.
Yusri belum nampak skuad 'bayangan' Perak FC
Pengendali Perak FC Yusri Che Lah mengakui masih mencari 'ramuan' terbaik dalam membentuk pasukannya sebelum sepak mula musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) bagi 2024/2025 pada Mei ini.
Geylang FC uji keserasian skuad Perak FC
Yusri berkata, kehadiran beberapa pemain baharu menyaksikan persaingan sengit para pemain untuk mengisi kesebelasan utama.
Yusri tidak tahu mengenai hijrah 'Messi' ke Perak FC
Ketua Jurulatih Perak FC Yusri Che tidak tahu-menahu mengenai spekulasi penghijrahan pemain tengah Terengganu FC Muhammad Faiz Mohd Nasir.
Bola sepak: The Bos Gaurus 'sambar' Tommy Mawat
Perak FC berjaya mendapatkan khidmat bekas bek kiri Negeri Sembilan FC Tommy Mawat Bada.