awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak tetap sertai bola sepak SUKMA di Kuching

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
24/03/2024
00:10 MYT
Perak tetap sertai bola sepak SUKMA di Kuching
Khairuddin berkata, berdasarkan peruntukan kewangan yang disediakan kerajaan negeri, adalah sukar untuk mereka memenuhi segala permintaan Perak FC. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA KANGSAR: Perak tetap akan menghantar pasukan untuk menyertai acara bola sepak pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XXI di Kuching tidak lama lagi.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, sekiranya Perak FC tidak bersedia untuk menyediakan pasukan, Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak akan membuat persiapan sendiri.
Bagaimanapun, katanya, mereka masih menunggu kenyataan rasmi daripada Perak FC mengenai perkara tersebut.
“Kita hanya mendengar melalui media sahaja, kita belum terima kenyataan rasmi mereka lagi.
“Jika mereka menolak, kita ada pelan A, B dan seterusnya, yang penting, kita tetap akan hantar pasukan (sertai SUKMA),” katanya ketika ditemui sebelum majlis berbuka puasa di Istana Iskandariah, di sini, malam tadi.
Terdahulu, media melaporkan Perak hampir pasti tidak akan mengambil bahagian dalam acara bola sepak pada temasya SUKMA di Kuching kerana Perak FC dikatakan tidak berupaya membuat persiapan pasukan ekoran kurang tajaan dan sokongan kewangan daripada MSN Perak.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak FC, Bobie Farid Shamsudin berkata, pihaknya telah memohon sumbangan RM20,000 sebulan atau RM160,000 untuk lapan bulan menjelang SUKMA tetapi diluluskan hanya RM50,000.
Mengulas lanjut, Khairudin berkata, MSN Perak menawarkan Perak FC untuk menyediakan pasukan SUKMA kerana kelab itu sedia mempunyai pasukan pembangunan dan telah bersetuju pada asalnya.
“Kita melihat mereka sudah ada pasukan pembangunan, sebab itu kita tawarkan kepada mereka dan pada asalnya mereka sudah setuju,” ujarnya.
Jelasnya, berdasarkan peruntukan kewangan yang disediakan kerajaan negeri, adalah sukar untuk mereka memenuhi segala permintaan Perak FC.
“Kita kena jaga 37 acara sukan (untuk SUKMA), adalah sukar untuk memenuhi semua permintaan mereka berdasarkan peruntukan yang disediakan kerajaan negeri,” tambahnya.
Sambil mengakui bola sepak menawarkan satu pingat yang dianggap ibu segala pingat, Khairudin berkata, pihaknya juga perlu melihat kepada acara individu yang menawarkan banyak pingat seperti olahraga dan sukan kombat.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#SUKMA
#Khairudin Abu Hanipah
#MSN Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan