KUALA LUMPUR: Tenang dan percayakan Lee Zii Jia, kata pengarah kejurulatihan perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann.
Choong Hann berkata jaguh perseorangan profesional kebangsaan itu kini mungkin sedang berdepan saat sukar, namun beliau percaya Zii Jia memerlukan masa untuk membuktikan dirinya.
Meskipun Zii Jia meninggalkan BAM setahun lepas, beliau berkata masih terlalu awal untuk menilai pemain nombor dua dunia itu kerana Zii Jia mungkin masih dalam proses memperkukuhkan kedudukan sebagai pemain profesional.
"Kita perlu beri kepercayaan terhadap apa jua keputusan Zii Jia," kata Choong Hann.
Pemain berusia 24 tahun itu menerima banyak kritikan selepas beliau tersingkir pada pusingan awal Terbuka Malaysia diikuti Terbuka India baru-baru ini.
Zii Jia tewas kepada pemain meningkat naik Jepun, Kodai Naraoka, 21-13, 17-21, 19-21, dalam pusingan pertama Terbuka Malaysia minggu lepas dan kalah kepada Li Shi Feng dari China dalam pusingan kedua Terbuka India, 11-21, 21-14, 18-21, Khamis lepas.
Choong Hann berkata juara bertahan Asia itu agak tidak bernasib baik apabila tersingkir awal dalam kedua-dua kejohanan tersebut.
"Zii Jia mampu menang jika beliau lebih tenang dan tidak melakukan banyak kesilapan pada saat-saat genting," katanya.
Justeru, beliau berharap juara All England 2021 itu akan memperbaiki beberapa aspek penting dan akhirnya dapat bermain dengan lebih baik daripada prestasi sekarang.
Sementara itu, Choong Hann berpuas hati dengan kemajuan dicapai pemenang perak Sukan Komanwel 2022, Ng Tze Yong, meskipun ditundukkan Naraoka, 21-15, 19-21, 15-21, pada pusingan kedua Terbuka Malaysia diikuti kekalahan kepada Shi Feng, 19-21, 14-21, pada Terbuka India, Rabu lepas.
Meskipun Tze Yong sedang merapatkan jurang dengan perseorangan handalan yang lain, Choong Han berkata pemain nombor 27 dunia itu masih kurang dari segi membuat keputusan pantas ketika beraksi dalam gelanggang.
"Saya rasa beliau menunjukkan kemajuan yang baik dan kami gembira dengan kemajuannya. Bagaimanapun, saya dapat lihat kadangkala beliau keliru apabila lawan cuba mengubah taktik dengan cepat, namun itu akan berubah apabila beliau ada lebih banyak pengalaman perlawanan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 21 2023

Jaguh perseorangan profesional kebangsaan itu kini mungkin sedang berdepan saat sukar, namun Choong Hann percaya Zii Jia memerlukan masa untuk membuktikan dirinya. - Gambar fail

Imbas kod QR bagi aduan kebersihan di bazar Ramadan
KKM menggalakkan pengunjung bazar Ramadan di setiap negeri untuk mengimbas kod QR bagi mengemukakan aduan berhubung kualiti makanan dan kebersihan di lokasi berkenaan.

Garis panduan mesti releven, Sarawak akan pantau ketat
Sarawak akan pantau rapat penganjuran acara dan konsert yang melibatkan artis luar negara. Garis panduan ditetapkan harus releven dan munasabah kerana perlu beri manfaat kepada industri pelancongan domestik

Ringgit akhiri aliran meningkat ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri peningkatannya selama empat hari berturut-turutnya dengan ditutup rendah hari ini berbanding dolar AS susulan aktiviti pengambilan untung sederhana selepas kenaikan baru-baru ini.

Permohonan Dana Kandungan Digital Industri Muzik 2023 dibuka
Permohonan bagi DKD Industri Muzik 2023 dengan RM10 juta diperuntukkan kepada penggiat industri muzik melalui pembiayaan dana sehingga RM300,000, dibuka mulai semalam (23 Mac).
![AWANI Borneo [24/03/2023] – Masalah air | Penganjuran konsert | Stato Brunei AWANI Borneo [24/03/2023] – Masalah air | Penganjuran konsert | Stato Brunei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015468/19199450371679657366758_640x360.jpg)
AWANI Borneo [24/03/2023] – Masalah air | Penganjuran konsert | Stato Brunei
Awani Borneo Ahad, 24 Mac bersama Irfan Faruqi. Masalah air Sepanggar : Jabatan Air Negeri Sabah perlu ambil tindakan segera Penganjuran konsert, Sarawak akan tetapkan garis panduan yang releven tetapi tidak melampaui batas. Sarawak buka STATO Brunei, Pusat setempat pelaburan dan perniagaan

Pengunjung Pasar Tanjung berbelanja dengan berjimat cermat
Tinjauan di Pasar Tanjung, Tawau mendapati pengunjung berpuas hati dengan barangan dijual selain harga yang berpatutan. Namun ramai yang mengambil pendekatan berjimat cermat dalam berbelanja.

Garis panduan mesti releven, Sarawak akan pantau ketat
Sarawak akan pantau rapat penganjuran acara dan konsert yang melibatkan artis luar negara. Garis panduan ditetapkan harus releven dan munasabah kerana perlu beri manfaat kepada industri pelancongan domestik

Muat 5,000 kereta, projek baharu ganti landasan kapal Roro
Projek kawasan meletak kenderaan baharu di Pelabuhan Senari dijangka siap Julai 2024 dengan kapasiti lima ribu kenderaan bagi menggantikan landasan kapal Roll-In Roll-Out (RORO) yang kini berlabuh di Pending.

Perlu tindakan segera jabatan air negeri Sabah
Jabatan Air Negeri Sabah perlu ambil tindakan drastik dalam menangani krisis air di kawasan Sepanggar selain menyegerakan pembinaan loji rawatan air baharu di Telibong.

Sambutan berlangsung selama tiga minggu bermula 28 Mei
Sambutan Hari Sarawak akan diadakan selama tiga minggu berturut-turut bermula 28 Mei hingga 22 Julai.

Terbuka Switzerland: Zii Jia terus cemerlang mara ke suku akhir
Jaguh perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia meneruskan rentak cemerlangnya dalam Terbuka Switzerland 2023 apabila mara ke suku akhir dengan menumpaskan pemain Ireland, Nhat Nguyen, hari ini.

Zii Jia singkirkan juara Seluruh England
Tampil selaku pilihan kedua kejohanan, Zii Jia melakar kemenangan 18-21, 21-18, 23-21 ke atas lawannya dari China.

Zii Jia dapat semula keyakinan diri
Zii Jia mendapat kembali keyakinan kiri untuk terus bersaing dalam kejohanan badminton antarabangsa musim ini.

Zii Jia tersingkir di separuh akhir All England
Harapan Lee Zii Jia untuk menamatkan kemarau kejuaraan dimusnahkan oleh Shi Yu Qi dari China dalam separuh akhir Kejohanan Badminton All England 2023 malam ini.

Tze Yong terkandas pada suku akhir All England
Pemain ranking dunia ke-28 itu tewas kepada pemain China, Li Shi Feng selepas pertarungan selama 41 minit di Utilita Arena, Birmingham.

All England: Zii Jia tempah tiket ke separuh akhir
Lee Zii Jia meneruskan kemaraan ke separuh akhir Kejohanan Badminton All England 2023 selepas menundukkan pemain Jepun, Kodai Naraoka sebentar tadi.

Zii Jia tempah slot suku akhir All England
Zii Jia tidak mempunyai masalah menundukkan pemain Jepun 21-15, 21-10 pada aksi pusingan kedua di Arena Utilita Birmingham.

Badminton: Zii Jia lepasi halangan pertama di All England
Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia, berjaya melepasi halangan pertama apabila melangkah ke pusingan kedua kejohanan badminton All England 2023.

Hannah Yeoh akan bertemu Zii Jia
Hannah Yeoh akan mengadakan pertemuan empat mata dengan Lee Zii Jia apabila pemain badminton perseorangan lelaki negara itu pulang ke tanah air.

'Saya sudah selesai' - Zii Jia
Hantaran di InstaStory itu menimbulkan pelbagai persoalan namun ramai peminat badminton negara percaya ia berkaitan prestasinya yang terus merudum tahun ini.