TOKYO: Satu tindakan drastik untuk memperhebatkan lagi program akar umbi sukan powerlifting negara perlu dijalankan, bagi memastikan kejayaan dua atlet di Sukan Paralimpik Tokyo mampu diteruskan pada masa akan datang.
Kem powerlifting negara menampilkan prestasi membanggakan, apabila Bonnie Bunyau Gustin yang bertanding dalam kategori lelaki 72 kilogram (kg) mencatat sejarah muncul atlet pertama meraih emas negara pada temasya berprestij itu Sabtu lepas, diikuti Jong Yee Khie yang merangkul perak kategori lelaki 107kg semalam.
Jurulatih kebangsaan Jamil Adam, mencadangkan langkah itu yang merangkumi meningkatkan proses pencarian bakat, agar negara tidak ketandusan atlet untuk bertanding dalam mana-mana pertandingan di masa depan.
Beliau memberi contoh, kem powerlifting negara ketika ini memiliki 50 orang atlet wanita dan lelaki berbanding Thailand dan Indonesia, yang dilihat mempunyai 300 atlet termasuk barisan pelapis dalam skuad mereka.
"Saya harap kejayaan Bonnie dan Yee Khie mampu membakar semangat pihak di peringkat negeri khususnya, untuk merancakkan program pembangunan akar umbi terutamanya pencarian bakat bagi sukan powerlifting.
"Jika program ini berjalan lancar, saya percaya atlet kita mampu untuk pergi lebih jauh lagi pada masa hadapan," katanya dalam sidang media secara dalam talian.
Mengulas mengenai prestasi keseluruhan pasukannya di Jepun, Jamil ternyata berpuas hati apabila kedua-dua anak buahnya berjaya membawa pulang pingat, hasil daripada perancangan rapi dilakukan pihaknya sejak beberapa tahun lepas.
Sementara itu, beliau memaklumkan percaturannya menukar kategori Yee Khie daripada 97kg ke 107kg ternyata membuahkan hasil, selepas atlet Sarawak berusia 32 tahun itu meraih pingat perak dalam penampilan keduanya selepas Rio 2016.
Beliau mengakui prestasi Yee Khie tidak menyerlah ketika bertanding dalam kategori 97kg, yang turut menyaksikannya sekadar menamatkan saingan di tempat ketujuh pada edisi lalu di Rio 2016.
Dalam pada itu, jurulatih berusia 52 tahun itu kagum dengan semangat Yee Khie, yang tidak pernah mengenal erti putus asa dalam mencapai sesuatu kejayaan, seperti dibuktikannya semalam.
Katanya Yee Khie sanggup belajar daripada kesilapan lalu, untuk bangkit menyajikan aksi terbaik dalam kejohanan disertainya, selain tidak pernah mempunyai sifat gentar dalam dirinya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 31 2021
Kem powerlifting negara ketika ini memiliki 50 orang atlet wanita dan lelaki berbanding Thailand dan Indonesia, yang dilihat mempunyai 300 atlet. - Foto fail/MSN Malaysia
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Paralimpik Paris 2024: Angkatan Bonnie harapan emas kedua Malaysia
Jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin akan beraksi dalam kategori 72kg lelaki di Porte de La Chapelle Arena hari ini.
Para Sukma: Bryan Junency Gustin pecah rekod kebangsaan
Dia memperbaharui rekod 167 kilogram yang dilakukan atlet Kelantan, Mat Hussein Mat Nor, dalam edisi di Perak pada 2018.
Kejayaan adik di Birmingham cetus semangat abang di Indonesia
Ini merupakan penampilan kedua Bryan di APG, selepas menamatkan saingan di tempat keempat pada edisi 2017 di Kuala Lumpur.
Bonnie tepati ramalan, raih emas keempat Malaysia di Birmingham
Atlet berusia 23 tahun itu mencipta sejarah muncul atlet pertama Malaysia memenangi acara tersebut di temasya sukan berkenaan.
Sukan Komanwel: MPM optimis Bonnie gegar Birmingham
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebelum ini meletakkan sasaran tujuh emas untuk dibawa pulang kontinjen negara di Birmingham nanti.
Bonnie Bunyau antara atlet Paralimpik terbaik dunia 2021
Pencapaian luar biasa buat atlet para negara Bonnie Bunyau Gustin pada 2021 ini.
Perhebatkan lagi program akar umbi powerlifting - Jurulatih
Jamil Adam, mencadangkan langkah itu yang merangkumi meningkatkan proses pencarian bakat, agar negara tidak ketandusan atlet.
'Saya harap emak dengar, lihat kejayaan dari atas sana...' - Yee Khie
Yee Khie gagal menyembunyikan perasaaan hibanya kerana tidak dapat meraikan kejayaannya di Tokyo, bersama emaknya.
Mampukah Yee Khie ikut jejak langkah Bonnie?
Atlet angkat berat nombor dua dunia itu pastinya diharap mampu mengikut jejak langkah rakan sepasukannya, Bonnie Bunyau Gustin.
'Negaraku' akhirnya berkumandang di Tokyo
Lagu Negaraku akhirnya berkumandang di Tokyo apabila jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin mencipta sejarah menyumbang emas pertama negara hari ini.