awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
Jeneral kanan Rusia kritikal selepas ditembak di Moscow
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perjuangan Zii Jia berakhir di Kejohanan Dunia

Bernama
Bernama
25/08/2023
01:00 MYT
Perjuangan Zii Jia berakhir di Kejohanan Dunia
Zii Jia selaku pemain bukan pilihan, tewas dalam perlawanan straight set kepada pilihan ke-12 Denmark, 18-21, 17-21. - Foto Facebook/BAM
KUALA LUMPUR: Perjuangan pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia untuk merangkul kejuaraan sulung Kejohanan Dunia berakhir pada pusingan ketiga selepas disingkirkan oleh pemain tuan rumah, Anders Antonsen dalam edisi 2023 di Copenhagen, pada Khamis.
Zii Jia selaku pemain bukan pilihan, tewas dalam perlawanan straight set kepada pilihan ke-12 Denmark, 18-21, 17-21, dalam masa 53 minit, sekali gus gagal ke peringkat suku akhir kejohanan yang berlangsung di Royal Arena.
Antonsen bakal bertemu pemain Jepun Kenta Nishimoto yang menewaskan rakan senegaranya, Kanta Tsuneyama, 21-19, 21-17, dalam satu lagi perlawanan pusingan ketiga.
Harapan Malaysia kini disandarkan kepada tiga pasangan beregu negara iaitu penyandang juara dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik diikuti beregu wanita utama Pearly Tan-M. Thinaah serta beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, kerana masing-masing berjaya mara ke peringkat suku akhir untuk bertemu lawan masing-masing dalam perlawanan yang akan berlangsung hari ini.
Dalam pusingan lapan terakhir, Aaron-Wooi Yik akan bertemu Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dari China manakala Pearly-Thinaah akan menentang seorang lagi gandingan China, Zheng Su Xian-Zheng Yu.
Tang Jie-Ee Wei pula akan menentang Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kejohanan dunia
#Lee Zii Jia
#Anders Antonsen
#pusingan ketiga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan