KUALA LUMPUR: Pelaksanaan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) diharap dapat diperluas kepada atlet bukan di bawah Program Podium.
Penembak veteran Nur Suryani Mohamed Taibi menyifatkan cadangan itu sebagai adil memandangkan mereka juga memerah keringat mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.
"Pada saya kalau kata nak cuba dulu bagi atlet Program Podium ok kerana elaun mereka tinggi, tapi diharapkan ia tidak hanya terhad kepada mereka dan perlu menyeluruh lagi nanti," katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun, atlet berusia 41 tahun yang menjalani program latihan berfasa di Majlis Sukan Negara (MSN) itu berkata cadangan tersebut boleh dipertimbangkan sekiranya elaun latihan atlet dinaikkan.
Beliau berkata memandangkan kebanyakan atlet yang menjalani latihan di MSN berdepan kos sara hidup tinggi, kenaikan itu wajar supaya caruman dengan KWSP dan Perkeso tidak menjejaskan pendapatan diraih mereka.
Pada 21 Nov lepas, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mengumumkan caruman KWSP dan Perkeso yang akan dilaksanakan bermula Januari 2024 telah diputuskan oleh Lembaga Pengurusan MSN selepas kajian semula skim elaun latihan atlet kebangsaan dengan penekanan kepada kesejahteraan atlet diluluskan.
Ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Dewan Rakyat, Hannah berkata caruman itu merupakan pengubah keadaan yang dilaksanakan kerajaan kerana sebelum ini tiada sebarang program membolehkan atlet negara mencarum dengan KWSP dan Perkeso.
Pemain skuasy wanita negara Aifa Azman pula berpandangan lebih baik sekiranya caruman itu diperluaskan kepada mana-mana atlet di bawah program latihan berumur 18 tahun dan ke atas.
"Saya sudah lama tunggu berita ini, ia adalah inisiatif yang baik...tetapi ia patut dilaksanakan mengikut kumpulan umur seperti 18 tahun dan ke atas," katanya.
Bekas Dekan Fakulti Sains dan Sukan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam Prof Madya Dr Mohad Anizu Mohd Nor yang bersetuju dengan cadangan itu berkata tawaran caruman kepada semua atlet boleh dilakukan sekiranya kantung kewangan kerajaan mencukupi kelak.
Sementara itu, Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Datuk Ayub Rahmat berkata langkah memberi caruman kepada atlet Program Podium buat masa ini mampu menjadi pembakar semangat kepada atlet dari program latihan lain supaya berusaha lebih keras bagi mendapatkan kelebihan tersebut.
"Kalau semua diberikan insentif tapi atlet tidak menghasilkan pingat dan tiada hasil, maka ketidakadilan berlaku di situ, orang yang menghasilkan pingat sama insentifnya dengan tidak berjaya," katanya.
Dalam pada itu, penganalisis sukan Datuk Dr Pekan Ramli berkata caruman KWSP dan Perkeso kepada atlet selain atlet Program Podium wajar diberikan sebagai bekalan buat mereka sekiranya ditimpa kemalangan selain menjaga kebajikan golongan itu.
Namun Pekan pada masa sama menyarankan atlet yang tidak berada di bawah Program Podium untuk mencarum sendiri di bawah KWSP dan Perkeso tanpa perlu menunggu KBS dan MSN.
"Zaman sekarang untuk atlet sudah tidak perlu risau, sebab atlet boleh sukarela menabung di KWSP dan Perkeso. Perkeso juga banyak menawarkan insentif kepada atlet untuk menabung, tidak semestinya menunggu KBS dan MSN, atlet sendiri boleh mula buat tabungan Perkeso dan KWSP," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 31 2023

Nur Suryani berkata memandangkan kebanyakan atlet yang menjalani latihan di MSN berdepan kos sara hidup tinggi, kenaikan elaun adalah wajar supaya caruman dengan KWSP dan Perkeso tidak menjejaskan pendapatan mereka. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Kes gaduh di Bangsar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Dakwaan rasuah | Pemilihan PKR
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Had laju maksimum di zon sekolah akan diwarta kepada 30km/j - Loke
Kerajaan akan mewartakan kadar had laju maksimum di kawasan sekolah daripada 50 kepada 30 kilometer sejam (km/j).
AWANI 7:45 [29/4/2025] – SPRM teliti betul-betul kes di Raub | Rundingan 'menang-menang' | Alhamdulillah, tiba di Madinah | Proses, bungkus, edar dalam kereta
- Sudah ada senarai disyaki, SPRM teliti kes ceroboh tanah di Raub
- Tarif Trump: Misi Malaysia berhasil. Amerika setuju berunding
- Lambaian Baitullah, perkembangan terkini ketibaan kumpulan jemaah
- Lima hari, lima sindiket dadah tumpas, rampasan RM9 juta
- Tarif Trump: Misi Malaysia berhasil. Amerika setuju berunding
- Lambaian Baitullah, perkembangan terkini ketibaan kumpulan jemaah
- Lima hari, lima sindiket dadah tumpas, rampasan RM9 juta
AWANI Tonight 29 April 2025
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. U.S. agrees to formal trade talks, says Tengku Zafrul
2. Trump's tariffs: U.S. President to ease impact on American carmakers
#AWANIInternational #AWANINews
1. U.S. agrees to formal trade talks, says Tengku Zafrul
2. Trump's tariffs: U.S. President to ease impact on American carmakers
#AWANIInternational #AWANINews
Consider This: Feeding a Nation: Rethinking Food Security
Food security often makes headlines during price hikes or crises—but the real work of ensuring a secure food system happens long before supermarket shelves run low. What will it take to secure Malaysia’s food future — and are we thinking about food security in the right way? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Sarena Che Omar, CEO of PNB Research Institute, a policy research think tank funded by Permodalan Nasional Berhad.

Ringgit teruskan aliran meningkat, ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh 6 bulan
Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.3245/3300 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3615/3665 pada Isnin.

PM Anwar ucap tahniah kepada Mark Carney atas kemenangan Pilihan Raya Kanada
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Kanada Mark Carney atas kemenangan beliau dalam Pilihan Raya Persekutuan Kanada.
AWANI Tonight: Beijing will not engage in market dumping, says China’s ambassador
China will not dump its goods in other countries despite trade tensions with the U.S., writes Beijing's Ambassador to India, Xu Feihong, addressing concerns about an influx of cheap Chinese products.
AWANI Tonight: U.S. agrees to commence formal trade talks - Zafrul
The US has agreed to start formal negotiations with Malaysia on the 24% tariff rate for Malaysian imports, focusing on reducing the tariff, addressing non-tariff barriers, and trade imbalance, says Investment, Trade and Industry Minister Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Anggota sukarelawan diseru lapor Perkeso jika ditimpa musibah - Sim
Langkah itu bagi memastikan mereka dapat menerima faedah perlindungan di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Lebih 66,000 kes bencana kerja dilaporkan Perkeso pada 2024 - Abdul Rahman
Kes kemalangan semasa perjalanan meningkat sedikit kepada 33,638 kes pada 2024, berbanding 33,181 kes pada tahun sebelumnya.

Lebih 19,000 pencarum dapat manfaat kemudahan dialisis Perkeso - Sim
Peruntukan lebih RM400 juta disediakan bagi rawatan dialisis di pusat dialisis yang disediakan Perkeso sepanjang tahun lepas.

Waris kru kapal maut di perairan Bangladesh layak terima faedah Perkeso
Hasil semakan mendapati kru kapal MTT Sapangar itu adalah pencarum aktif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak 2011.

Pemandu e-hailing cedera dalam kejadian pokok tumbang terima faedah Perkeso
Pemandu e-hailing yang cedera dalam kejadian itu menerima bayaran faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pencen penakat bantu ringankan beban ibu tunggal besarkan anak
"Pencen yang diterima ini amat bermakna buat saya untuk meneruskan kehidupan membesarkan empat lagi anak yang masih bersekolah."

Kesedaran golongan belia terlibat dalam e-panggilan untuk mencarum akan dipertingkat
Adam Adli berkata pihaknya telah memulakan kempen mencarum sejak tahun lepas bagi memberi perlindungan buat diri sendiri dan keluarga mereka.

Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin
Meskipun para atlet akan mencarum kelak, Yakeb tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet.

Perkeso perlu sentiasa perbaharui dasar selaras perkembangan semasa
Perkara itu disampaikan Menteri Sumber Manusia yang baharu Steven Sim Chee Keong, ketika ke melawat Menara Perkeso, Jalan Ampang pada Khamis.

Warga emas buat tuntutan palsu Perkeso untuk dapat pencen ilat dihadap ke mahkamah
Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Selayang pada Selasa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) semasa mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.