PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon yakin skuad kendaliannya itu tetap mampu beraksi mantap berdepan Hong Kong pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, pada Selasa biarpun tanpa kelibat dua pemain, Ariff Aiman Hanapi dan Endrick dos Santos yang dilaporkan mengalami kecederaan.
Menurut Pan-gon, berdasarkan pengalaman yang dimiliki sebagai pengurus dan jurulatih, mana-mana skuad kendaliannya tidak terlalu bergantung kepada mana-mana pemain tertentu dan mengamalkan corak permainan berpasukan.
"Saya bersimpati dengan kedua-dua pemain ini yang menanti masa untuk beraksi. Namun sepanjang pengalaman saya selama lapan tahun sebagai jurulatih dan 12 tahun selaku pengurus, bukan setiap masa saya mendapat apa (pemain) yang saya mahukan dan malah tidak selalu mendapat apa (pemain) yang saya inginkan.
"Bagaimanapun, saya tetap yakin dengan pemain sedia ada. Kita ada 25 pemain, sesiapa sahaja boleh beraksi dan kita juga bukan hanya bergantung kepada satu atau dua pemain semata-mata," katanya.
Untuk rekod, skuad Harimau Malaya menewaskan Turkmenistan 1-0, Khamis lalu hasil jaringan tunggal, Akhyar Rashid pada minit ke-28.
Kemenangan berkenaan sekali gus menyaksikan Harimau Malaya kini melonjak pada ranking ke-140 Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Tambah Pan-gon, kesemua pemain diharap beraksi mengikut DNA bola sepak Malaysia yang sentiasa memberikan tekanan hebat kepada lawan hingga memaksa mereka melakukan kesilapan.
Bagaimanapun katanya, hanya pemain yang mampu memastikan sejauh mana corak permainan sedemikian dapat dipertahankan.
"Falsafah bola sepak kita adalah untuk menyaksikan DNA bola sepak Malaysia, kita akan berikan tekanan hebat kepada mereka (Hong Kong).
"Jika boleh, kita mahu mencatatkan kemenangan seperti yang dilakukan oleh skuad bawah-22 tahun kita (yang menang 2-1 ke atas Hong Kong pada final Piala Merlion, pada Ahad)," katanya.
Mengulas mengenai persiapan pasukan, Pan-gon berkata, kesemua pemain dilihat bersedia bagi mengharungi aksi berdepan Hong Kong.
"Sejak dua hari lalu, pemain telah mendapat rehat cukup dan telah melalui sesi pemulihan yang baik menjelang aksi persahabatan berkenaan.
"Kita juga berharap dapat memberikan aksi terbaik di hadapan penonton," katanya.
Pemain diharap berikan aksi terbaik
Sementara itu pemain pertahanan Harimau Malaya, Shahrul Saad mengakui, kem latihan Harimau Malaya kali ini merupakan yang paling sengit terutama di bahagian pertahanan.
Katanya, kesemua pemain di bahagian pertahanan kali ini merupakan pemain pertahanan terbaik negara ketika ini.
"Bagi saya, ia dilihat sebagai satu persaingan yang sihat apabila kesemua pemain dilihat beraksi bersungguh-sungguh dalam usaha merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan.
"Dalam bola sepak moden, pemain pertahanan bukan sahaja perlu bertahan tetap perlu menjaga possession.
"Malah, pemain juga perlu beraksi dengan lebih lebik dari semasa ke semasa bagi memastikan tempat dalam kesebelasan utama pasukan," katanya.
Sementara itu, Shahrul mengakui minit permainan sangat penting kepada mana-mana pemain.
Bagaimanapun katanya, dengan latihan berintesiti tinggi yang dilalui setiap hari, turut memadai bagi menjamin kecergasan seseorang pemain.
"Minit permainan merupakan antara perkara penting, tetapi apabila kerap berlatih dalam latihan berintesiti tinggi ia juga dilihat dapat menjamin kecergasan pemain," katanya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Mar 27 2023
Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon (kiri) dan Pemain Harimau Malaya, Shahrul Mohd Saad ketika sidang media menjelang perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 antara Malaysia dan Hong Kong, esok. - Foto BERNAMA
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
Persahabatan antarabangsa: Indonesia dibelasah Libya
Persiapan Indonesia menjelang saingan Piala Asia bulan ini kelihatan menerima tamparan apabila skuad Garuda itu dibelasah 0-4 oleh Libya.
Pengendali China mohon maaf, akui Harimau Malaya lebih baik
Jankovic akui China tidak beraksi dengan baik sehingga Harimau Malaya mampu mengikat pasukan kendaliannya 1-1.
Persahabatan Antarabangsa: Jepun sekali lagi aibkan Jerman
Jepun membuktikan bahawa mereka pasukan yang lebih baik berbanding gergasi Eropah, Jerman, apabila membelasah tuan rumah Euro 2024 itu 4-1.
Hong Kong belum dapat pemain terbaik berdepan Harimau Malaya
Joern Andersen berkata masih ada beberapa pemain yang terikat dengan pasukan yang diwakili dalam saingan Liga China dan sukar mendapat pelepasan.
Persahabatan antarabangsa: Pan-gon yakin aksi mantap Harimau Malaya
Kim Pan-gon yakin skuad kendaliannya itu mampu beraksi mantap berdepan Hong Kong pada aksi persahabatan antarabangsa pada Selasa.
Cheng Hoe gesa pemain bangkit dan beri tentangan ketika berdepan Uzbekistan
Pertahanan longlai serta kesilapan mudah menggusarkan pengendali skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe menjelang aksi terakhir siri persahabatan antarabangsa Tier 1 berdepan Uzbekistan.