KETIKA pemain turun mewakili negara masing-masing di Euro 2016, mereka sedar mereka bermain di pentas antara paling berprestij di dunia.
Bagi sesetengah pemain, mereka bukan sahaja beraksi untuk merebut peluang menjulang trofi -- tetapi untuk masa depan mereka.
Negara-negara yang menyertai pentas terbesar Eropah ini umumnya memiliki pemain yang sudah terjamin dengan kelab masing-masing, namun masih ada pemain belum pasti ke mana arahnya pada musim depan, termasuklah penyerang sensasi, Zlatan Ibrahimovic.
Pemain Sweden berkenaan dijangka tidak akan mengesahkan tempatnya di mana-mana kelab, tatkala Euro 2016 bermula pada 10 Jun ini selepas ejennya, Mino Raiola, menegaskan mereka tidak tidak terburu-buru walaupun Zlatan mendapat perhatian daripada beberapa kelab di Liga Perdana Inggeris, Manchester United, Tottenham Hotspur, Arsenal dan West Ham.
Selepas mengumumkan akan meninggalkan Paris St-Germain (PSG), Zlatan turut menjadi rebutan AC Milan dan kelab dari Liga Super China.
Bagaimanapun, Zlatan berkeras dengan berkata: "Saya tahu apa yang saya mahu. Masa depan saya sudah tertulis. Saya sudah membuat keputusan sejak sekian lama lagi."
Pemain berusia 34 tahun itu menamatkan musim akhirnya di PSG dengan menjaringkan 50 gol dan 19 bantuan gol.
Sejak menyertai PSG pada 2012, Zlatan tidak pernah terlepas menjulang trofi saingan Ligue 1, Perancis.
Selain kelab di negaranya, Malmo FF pada 1999-2001 dan Perancis (PSG) pada 2012-2016, Zlatan pernah berhijrah ke Belanda (Ajax Amsterdam 2001-2004), Itali (Juventus 2004-2006, Inter Milan 2006-2009, AC Milan 2010-2012) dan Sepanyol (Barcelona 2009-2011).
Jadi, pemerhati bola sepak antarabangsa melihat Zlatan berminat dengan England, dalam usaha melengkapkan penghijrahannya ke liga-liga besar di eropah.
Euro 2016 yang akan berlangsung pada 10 Jun hingga 10 Julai di Perancis, menjadi medan untuk Zlatan menunjukkan kepada kelab bahawa khidmatnya setimpal dengan harganya.
Astro Arena
Tue May 31 2016
Pemain berusia 34 tahun ini menamatkan musim akhirnya di PSG dengan menjaringkan 50 gol dan 19 bantuan gol.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Skuad tenpin bowling raih pingat emas pada Kejohananan Bowling Lelaki Dunia
Pasangan beregu lelaki, Adrian Ang dan Tun Ameerul Hakim Tun Hasnul Azam berjaya meraih pingat emas dalam acara beregu lelaki pada Kejohanan Bowling Lelaki Dunia 2018, di Hong Kong.
Hari Bola Sepak Akar Umbi secara tahunan - FAM
Persatuan Bola sepak Malaysia berhasrat menganjurkan Hari Bola sepak Akar Umbi secara tahunan, kata setiausaha agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin.
Welson Sim, Fatehah Olimpian Terbaik 2017
Perenang negara, Welson Sim, dan pelumba basikal trek, Fatehah Mustapa, diumumkan sebagai penerima Anugerah Olimpian Terbaik 2017.
Sukan SEA: Skuad tenis intai slot perlawanan akhir
Lima pingat emas ditawarkan dalam acara tenis yang merangkumi acara perseorangan, beregu, lelaki dan wanita serta beregu campuran.
Kami patut menang - Zidane
Keputusan seri 2-2 di Balaidos menyaksikan Madrid tumpas 4-3 menerusi agregat, dengan Celta mara ke separuh akhir buat musim kedua berturut-turut.
Felipe Massa tangguh persaraan dalam kancah F1
Tidak dapat menolak tawaran setahun lagi untuk beraksi dalam F1 bagi membantu pasukan Williams bersaing secara kompetitif tahun ini.
Manchester United atasi Real Madrid, Barcelona sebagai kelab terkaya dunia
Juara 20 kali EPL itu memperoleh pendapatan sebanyak 689 juta Euro (RM3.2 bilion) hasil daripada hak komersial yang meningkat kepada 100 juta Euro (RM4.7 juta).
Kelab China berang dikaitkan dengan James Rodriguez
Hebei Fortune menyifatkan laporan media sudah melampaui batas kerana mengada-adakan sesuatu yang ternyata tidak benar.
Xabi Alonso masih belum sedia untuk bersara
Kontrak pemain berusia 35 tahun itu di Allianz Arena dijangka berakhir pada hujung musim ini dengan pemain itu masih belum menandatangani kontrak pembaharuan.
BAM ambil langkah proaktif cari pemain pelapis untuk musim 2017
Pemilihan yang dijalankan di Stadium Badminton Bukit Kiara sejak Rabu lalu telah menghimpunkan seramai 100 pemain remaja dari seluruh tanah air.