awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak**
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persatuan Bola Sepak Thailand siasat tuduhan salah guna dadah pemain B-16

Bernama
Bernama
23/09/2016
23:29 MYT
Persatuan Bola Sepak Thailand siasat tuduhan salah guna dadah pemain B-16
Setiausaha Agung FAT Lt Jen Pisan Chuldilok mendakwa ada pemain yang ditangkap sedang merokok dan memiliki dadah.
Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) akan melakukan siasatan ke atas dakwaan penyalahgunaan dadah dan masalah disiplin dalam kalangan pemain skuad bawah 16 tahun (B-16) mereka.
Menurut laporan akhbar tempatan, Setiausaha Agung FAT Lt Jen Pisan Chuldilok mendakwa ada pemain yang ditangkap sedang merokok dan memiliki dadah.
"Ada beberapa pemain skuad bawah 16 tahun yang jelas telah melanggar kod tingkah laku dengan merokok dan memiliki ganja. Mereka juga masih berjaga di luar waktu yang dibenarkan dan melakukan banyak perkara yang kami anggap tidak sesuai," katanya.
Menurutnya, FAT telah memanggil ibu bapa pemain terbabit untuk memaklumkan sikap anak mereka tetapi ia masih gagal menghentikan perkara itu daripada berulang, menyebabkan persatuan terpaksa menghantar pulang pemain yang bermasalah.
Skuad B-16 Thailand tersingkir awal di Kejohanan Asia yang sedang berlangsung di India.
Pisan juga mendakwa masalah disiplin dalam kalangan pemain turut menyebabkan jurulatih skuad bawah 19 tahun, Chalermwut Sangapol dipecat.
"Chalermwut hilang jawatan berikutan rekod disiplin pasukannya. Mereka gagal hadir untuk latihan, ada masanya datang sejam lebih lewat daripada jadual. Mereka juga gagal mengenakan pakaian yang sesuai ketika waktu makan," katanya.
Pisan berkata, masalah disiplin dalam kalangan pemain muda itu jelas bertentangan dengan apa yang ditunjukkan pasukan senior yang begitu menitikberatkan peraturan.
Presiden FAT, Jen Somyot Poonpanmuang pula mengeluarkan kenyataan memaklumkan perkara itu akan ditangani segera dan juga mahu memanggil semua jurulatih dan pengurus skuad kebangsaan yang ada untuk mendapatkan cerita sebenar.
Topic Berkaitan
#Jen Pisan Chuldilok
#Persatuan Bola Sepak Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan