KUALA LUMPUR: Jadual perlawanan padat menanti atlet kebangsaan dengan sebahagiannya mungkin berada di luar negara hingga akhir tahun ini selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membentangkan perancangan kejohanan yang kebanyakannya berlangsung berturut-turut.
Pengarah Kejurulatihan BAM Wong Choong Han berkata ia sebahagian daripada rancangan untuk mempersiapkan barisan pemain muda negara bagi Olimpik Paris 2024, yang tinggal tiga tahun selepas temasya di Tokyo tertangguh berikutan pandemik COVID-19.
"Kita hanya ada masa tiga tahun, ia cukup mencabar kerana ramai pemain muda mungkin bagus tetapi mereka juga memerlukan masa untuk meningkatkan ranking masing-masing dan perlu bermain di kejohanan lebih tinggi tahapnya. Jadi kita mahu bermula seawal mungkin, bermakna mereka perlu mula bertanding tahun ini juga," katanya kepada pemberita.
Senarai panjang perlawanan bermula dengan Piala Sudirman di Vantaa, Finland dari 26 Sept hingga 3 Okt, diikuti pertandingan akhir Piala Thomas dan Uber di Aarhus, Denmark (9-7 Okt), Terbuka Denmark di Odense (19-24 Okt) dan Terbuka Perancis (26-31 Okt).
Choong Hann berkata kemudian skuad negara akan terus ke Bali untuk Masters Indonesia (16-21 Nov), Terbuka Indonesia (23-28 Nov) dan Jelajah Dunia Akhir (1-5 Dis), sebelum kembali semula ke Eropah untuk Kejohanan Dunia (12-19 Dis) di Huelva, Sepanyol.
Ini bermakna, beberapa pemain seperti perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia mungkin bertanding dalam lapan kejohanan bermula akhir bulan ini hingga Disember.
Choong Hann menegaskan adalah penting untuk menyertai kejohanan utama Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) seperti Terbuka Denmark, Terbuka Perancis dan Terbuka Indonesia bagi menempah tiket ke Jelajah Dunia Akhir.
"Kita perlu berurusan dangan SOP (prosedur operasi standard) COVID-19 di pelbagai negara dan melalui tempoh kuarantin (14 hari) jika kita balik ke tanah air, sebab itu antara perjalanan kita buat sekali jalan sahaja.
"Sebenarnya ia memberi kesan, tapi pada masa sama, kita mempunyai satu atau dua minggu tempoh rehat antara satu-satu perlawanan. Kita sedang membuat persiapan menghadapi situasi itu, kita bawa bersama peralatan ringan untuk program kekuatand an penyesuaian bagi mengelakkan kecederaan di samping mengekalkan kecergasan pemain," katanya.
Sementara itu, Choong Hann mahu melihat pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2020 Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih kejuaraan pertama mereka selepas aksi cemerlang di Tokyo.
"Saya percaya pingat gangsa dimenangi itu mendorong mereka berlatih lebih gigih dan memasang impian lebih tinggi. Ia dapat dilihat menerusi sikap mereka ketika latihan, bukan mereka bukan sahaja malah seluruh pasukan negara. Kita mempunyai sasaran untuk pemain memenangi beberapa kejohanan dan kita semua berganding bahu untuk mencapainya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 19 2021
CHOONG HANN: Kita hanya ada masa tiga tahun, ia cukup mencabar kerana ramai pemain muda mungkin bagus tetapi mereka juga memerlukan masa untuk meningkatkan ranking masing-masing. - Gambar fail
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Persiapan awal Olimpik Paris 2024, jadual padat menanti skuad badminton negara
Ia sebahagian daripada rancangan untuk mempersiapkan barisan pemain muda negara bagi Olimpik Paris 2024, yang tinggal tiga tahun.