KUALA LUMPUR: Skuad Young Tigers perlu memperbaiki kelemahan di bahagian pertahanan seandainya mahu menundukkan Mesir pada perlawanan klasifikasi tempat kesembilan hingga 16 Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja (JWC) 2023 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, esok.
Bekas pemain negara, Maninderjit Singh mengingatkan pasukan kendalian Muhamad Amin Rahim supaya menambah baik kekuatan penjaga gol yang dilihat tidak memuaskan serta kelemahan ketara sewaktu pukulan sudut penalti selain bahagian serangan yang perlu diperkemaskan.
"Ada beberapa kelemahan begitu ketara pada Young Tigers iaitu ketangkasan penjaga gol Mohamad Rafaizul Saini tidak memuaskan, pertahanan tak begitu baik selain nisbah pukulan sudut penalti sangat rendah," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Pada perlawanan peringkat Kumpulan A bertemu Chile, Argentina dan Australia sebelum ini menyaksikan Malaysia dibolosi kesuluruhan 10 jaringan.
Terdahulu, sasaran awal Young Tigers untuk melangkah ke suku akhir bermula dengan baik apabila menewaskan Chile 7-1 pada perlawanan pertama, namun impian itu ranap selepas tewas dua perlawanan terakhir bertemu Argentina (0-4), dan Australia (2-5) sekali gus menduduki tangga ketiga Kumpulan A.
Kekecewaan itu membawa Malaysia kepada aksi klasifikasi tempat kesembilan hingga 16 bertemu Mesir esok.
Dalam pada itu, Maninderjit turut menegaskan, meskipun sejarah pertemuan dengan Mesir sebelum ini menunjukkan Malaysia lebih banyak memenangi perlawanan, namun Young Tigers tidak boleh memandang rendah pasukan itu kerana rata-rata pemain lawan berpengalaman kerana pernah beraksi pada JWC 2021 India.
"Sudah pasti Young Tigers perlu beri perhatian kepada tujuh pemain utama Mesir iaitu lima pemain beraksi di JWC 2021 dan dua pemain senior. Kapten pasukan Hossameldin Ragab juga merupakan engine room dan flicker utama.
"Pendapat saya kita harus elakkan memberikan pukulan sudut penalti kepada Mesir selain elak dibolosi pada awal perlawanan. Mereka (Mesir) pasti akan memenuhi kawasan pertahanan berbanding menyerang, " katanya.
Beliau berkata Young Tigers tidak sepatutnya kalah dalam pertembungan dengan Mesir melihat kepada kedudukan atas kertas yang menyaksikan pasukan itu berada di kedudukan ke-16 dunia manakala Malaysia kelapan.
Beliau turut menyifatkan aksi Isnin ini diibaratkan perlawanan 'pedang dua mata', kerana ia bakal menjadi kayu pengukur tahap kemampuan skuad muda hoki Malaysia masih di kedudukan baik atau sebaliknya.
Sementara itu, seorang lagi bekas pemain hoki kebangsaan, Shahrun Nabil Abdullah turut mengingatkan Young Tigers agar tidak memandang rendah kemampuan Mesir pada perlawanan esok.
"Kalau tengok ranking memang kena menang, sejarah Malaysia selalunya menang dengan Mesir, tapi jangan terlalu memandang rendah, pemain perlu turun dengan minda betul-betul nak menang, kalau pandang rendah tak mustahil boleh kalah.
"Jangan putus asa, Malaysia perlu kembali lebih kuat walaupun kita tak lepas suku akhir, pergi sebaik mungkin sekurang-kurangnya tempat kesembilan, sebelum main saya dah tahu pasukan negara mesti yakin sebab tengok perlawanan dengan Chile boleh menang, Mesir juga boleh," katanya.
Malaysia memenangi lima perlawanan bertemu Mesir dalam keseluruhan tujuh aksi pelbagai kejohanan sejak 1985.
Pada edisi Piala Dunia Remaja 2021 di India, Malaysia berjaya melangkah ke suku akhir sebelum tewas 0-4 kepada Perancis dan menamatkan saingan di tempat kelapan secara keseluruhan.
Pencapaian terbaik Malaysia di Piala Dunia Remaja adalah di tangga keempat yang dilakukan pada tahun 1979, 1982 dan 2013.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 10 2023
Pada perlawanan peringkat Kumpulan A bertemu Chile, Argentina dan Australia sebelum ini menyaksikan Malaysia dibolosi kesuluruhan 10 jaringan. - Gambar fail/MHC
Kerajaan boleh tawar pilihan sewa kepada mereka tidak mampu beli rumah - Institut REHDA
Menurut REHDA, menyewa boleh menjadi pilihan yang lebih mampan berikutan tanah adalah sumber yang terhad.
450,000 orang tinggalkan Rafah dalam tempoh seminggu - PBB
Hampir 450,000 orang meninggalkan bandar Rafah di Gaza dalam tempoh seminggu.
Platform video Rumble saman Google kerana langgar peraturan persaingan
Platform hos video dalam talian, Rumble, telah mengemukakan saman ke atas Google dan Alphabet kerana melanggar peraturan persaingan semasa mempromosikan platform video YouTube.
Arboris tempatan terlalu sedikit daripada jumlah diperlukan - Pakar
Pensyarah Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Mohd Nazre Salleh berkata arboris tempatan yang ada ketika ini adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah bakat yang diperlukan untuk memantau kesihatan pokok di bandar-bandar. Jelasnya, tanpa bilangan arboris yang mencukupi, audit pokok-pokok berusia tidak boleh dilaksanakan dengan berkesan.
#AgendaAWANI
#AgendaAWANI
Terus tanam pokok dalam bandar, walaupun ada kejadian pokok tumbang - NGO
Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata penanaman pokok di bandar-bandar perlu diteruskan bagi tujuan menghijaukan kawasan tumpuan dan memelihara alam. Jelasnya, kejadian pokok tumbang tidak wajar menjadi penghalang kepada usaha menangani kesan perubahan iklim.
#AgendaAWANI
#AgendaAWANI
AWANI Ringkas: Sempadan Malaysia-Thailand
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Isu kasino kedua
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia mahu rebut insentif transformasi digital Qatar, bekerjasama dalam sektor AI - PM
Malaysia mahu meneroka potensi kerjasama bersama Qatar dalam sektor kecerdasan buatan (AI).
Arboris tempatan terlalu sedikit daripada jumlah diperlukan - Pakar
Arboris tempatan yang ada ketika ini adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah bakat yang diperlukan untuk memantau kesihatan pokok di bandar-bandar.
Pegawai kadet TLDM jadi 'target' pegawai semasa latihan
Bekas pegawai kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa, mendiang J. Soosaimanicckam menjadi target (sasaran) pegawai-pegawai semasa mangsa menjalan
Pertahanan Young Tigers perlu diperkemas - Maninderjit
Skuad Young Tigers perlu memperbaiki kelemahan di bahagian pertahanan seandainya mahu menundukkan Mesir pada perlawanan klasifikasi tempat kesembilan hingga 16 Kejohanan JWC esok.