Pertemuan antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Bengaluru FC dari India dalam aksi kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di sini, malam esok, menjanjikan saingan sengit.
Selaku juara liga di negara masing-masing, kedua-dua pasukan berkenaan sudah pasti menampilkan prestasi terbaik bagi mencerahkan peluang beraksi pada kejohanan berkenaan.
Jurulatih JDT Bojan Hodak berkata wakil dari India itu merupakan sebuah pasukan hebat kerana dibarisi pemain yang mempunyai kekuatan fizikal mantap.
Beliau, bagaimanapun berkata skuad Harimau Selatan kini berada pada prestasi terbaik selepas merangkul kejuaraan Piala Sultan Ahmad Shah, dengan menewaskan juara Piala FA dan Piala Malaysia, Pahang di stadium berkenaan, Sabtu lepas.
"Saya tahu, berdepan Bengaluru bukan tugas yang mudah tetapi kami tekad memberikan aksi terbaik.
"Pada masa ini, pemain mempunyai semangat yang tinggi selepas menewaskan Pahang dan saya yakin mereka akan meneruskan rentak cemerlang pada perlawanan malam esok," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Malah, Hodak berkata JDT juga memiliki kelebihan kerana beraksi di tempat sendiri, sambil yakin bahawa kesemua pemain mampu beraksi pada prestasi sebenar kerana tidak berdepan sebarang tekanan.
Mengenai ketiadaan pemain import, Luciano Figueroa yang mengalami kecederaan, Hodak berkata ia bukan masalah yang besar kerana beberapa pemain mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemain dari Argentina itu.
"Kita ada ramai pemain hebat. Kita ada Safiq Rahim dan Chanturu (S. Chanturu). Mohd Amri Yahyah dan Safee Sali yang sebelum ini direhatkan juga sudah kembali menjalani latihan semalam," katanya.
Sementara itu, jurulatih Bengaluru FC Ashley Westwood berkata pasukannya mempunyai kelebihan tersendiri walaupun mengakui bakal berdepan tugas sukar, kerana bukan sahaja perlu mengekang asakan pemain JDT, tetapi sorakan ribuan penyokong tuan rumah yang dijangka membanjiri stadium.
Beliau berkata Bengaluru telah membuktikan kehebatan mereka apabila muncul juara Liga India musim 2013/2014 pada penampilan pertama, selain menjulang Piala Persekutuan Bola Sepak India bulan lepas.
"Saya akui JDT memiliki pemain import hebat dan jurulatih yang berjaya mengangkat reputasi JDT di pentas Asia Tenggara. Namun, pasukan kami juga mempunyai moral tinggi untuk menjadi pasukan dari India pertama layak ke ACL.
"Kami tidak pernah melihat secara langsung corak permainan JDT tetapi kami pernah melihat aksi mereka menerusi rakaman video dan saya rasa untuk menewaskan mereka, kami perlu mempamerkan aksi lebih tersusun di atas padang," katanya.
Pasukan yang menang pada perlawanan kalah mati malam esok, akan mara ke pusingan kelayakan kedua ACL, menentang pasukan Bangkok Glass dari Thailand. - Astro Arena
Astro Arena
Tue Feb 03 2015
Selaku juara liga di negara masing-masing, kedua-dua pasukan berkenaan sudah pasti menampilkan prestasi terbaik bagi mencerahkan peluang beraksi pada kejohanan berkenaan. - Foto Astro Arena
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Pertemuan JDT-Bengaluru dijangka sengit
Pertemuan antara Johor Darul Ta'zim dan Bengaluru FC dari India dalam aksi kelayakan Liga Juara-Juara Asia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di sini, malam esok, menjanjikan saingan sengit.