Prestasi pasukan sering dikaitkan dengan magis yang di bawa jurulatih samada merudum atau sebaliknya.
Itu yang berlaku dalam kancah Liga Malaysia ketika ini, apabila kegagalan sesebuah pasukan bakal membawa kepada pemecatan jurulatih terlibat.
Bersetujunya seorang jurulatih untuk mengemudi sesebuah pasukan ia turut membawa maksud tanggungjawab sepenuhnya di bahu jurulatih.
Menjadi trend ketika ini, kesalahan sepenuhnya dipalitkan kepada jurulatih jika ia membabitkan prestasi pemain dan pasukan.
Walaupun sudah membawa reputasi baik dalam pasukan sebelum ini, itu gagal jadi modal untuk jurulatih terlibat terus di kekalkan ketika melewati saat sukar bertarung untuk kembali bangkit
Masalah ini telah menimpa bekas jurulatih ATM, B. Satiananthan yang direhatkan daripada mengemudi pasukan yang pernah di gelar Manchester City Malaysia iaitu ATM ketika di bawah kendaliannya.
Satiananthan akui tanggungjawab yang dipikul namun rasa terkilannya membabitkan cara dia 'direhatkan' yang membawa maksud segala jasanya selama ini hanya dipandang sepi.
"Saya tidak tahu mengenai kedudukan saya dengan pasukan ATM, saya menyerahkan kepada FAM untuk menyelesaikan masalah ini," ulas Sathianathan.
Dalam masa yang sama, jurulatih PDRM, Azman Adnan turut menyuarakan rasa kurang senang setiap kali prestasi buruk pasukan kesalahan di tuding kepada jurulatih.
Tegas Azman, situasi kini menjadi tidak adil buat jurulatih.
'Tidak ada jurulatih mahu lihat kejatuhan pasukan sendiri'
Azman merujuk kepada tindakan sesetengah pemain yang gagal beraksi pada tahap sebenar sekaligus membawa kesan kepada prestasi buruk satu pasukan.
"Pertukaran yang macam mana sekalipun, pemain yang bermain, samada mereka bersungguh-sungguh, bersemangat dan profesional untuk mencipta kejayaan," kata Azman.
"Sebagai contoh, kelab luar negara Barcelona yang telah banyak menukar jurulatih, tetapi mereka tetap berjaya.
Benar jurulatih miliki tanggungjawab besar, namun kejayaan sesebuah pasukan tidak pula diberi penghargaan sepenuhnya kepada jurulatih.
Malahan nama pemain juga turut disebut, ada yang menobatkan pemain tertentu sebagai hero sebenar dalam kejayaan sebuah pasukan.
Tetapi keadaan itu tidak berlaku sekiranya sesebuah pasukan melewati saat gelap dan hanya jurulatih dipersalahkan walaupun hakikat sebenar adalah pemain gagal beraksi cemerlang.
Astro Arena
Sat Jul 18 2015
Menjadi trend ketika ini, kesalahan sepenuhnya dipalitkan kepada jurulatih jika ia membabitkan prestasi pemain dan pasukan. - Gambar Hiasan
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Pertukaran jurulatih bukan jalan penyelesaian
Prestasi pasukan sering dikaitkan dengan magis yang di bawa jurulatih samada merudum atau sebaliknya.