Peru melakar kemenangan pertama dalam kempen Piala Dunia FIFA sejak 1978 selepas menewaskan Australia 2-0.
Australia turun ke Stadium Fisht di Sochi perlukan kemenangan untuk mara ke pusingan kalah mati namun gagal menandingi saingan dari Amerika Selatan itu.
Peru yang sudahpun tersingkir dari kejohanan mendahului perlawanan pada minit ke-18 menerusi Andre Carrillo yang menerima hantaran Paolo Guerrero.
Australia hampir mendapat gol penyamaan pada minit ke-40 namun tandukan Trent Sainsbury dari jarak dekat tersasar.
Guerrero yang mencipta gol pertama untuk Peru berjaya mencetak namanya sebagai penjaring pada minit ke-50 permainan untuk menggandakan pendahuluan pasukannya.
Pemain yang beraksi di Brazil bersama Flamengo itu hampir terlepas aksi di Rusia selepas digantung akibat positif dadah, namun keputusan itu diubah selepas kapten pasukan Australia, Denmark dan Perancis meminta FIFA supaya penggantungan itu ditarik balik.
Pada minit ke-60, Tim Cahill turut mempunyai peluang untuk merapatkan kedudukan buat Australia namun rembatannya dihalang.
Peru berjaya bertahan untuk melakar kemenangan namun ia tidak mengubah keadaan bahawa mereka sudahpun tersingkir.
Kali terakhir Peru mencatat kemenangan adalah pada 11 Jun, 1978 selepas menewaskan Iran 4-1.
Tonton: Australia 0-2 Peru
Ian Johan Ariff
Tue Jun 26 2018
Andre Carrillo menjaringkan gol pertama Peru ke atas Australia. - Gambar FIFA.com
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
Copa America: Peru cipta kejutan singkir juara bertahan
Peru menempah tiket ke final selepas menundukkan juara bertahan, Chile 3-0.
Peru lakar kemenangan pertama sejak 1978 (Australia 0-2 Peru)
Peru yang sudahpun tersingkir melakar kemanangan pertama dalam Piala Dunia sejak 1978.